17 Februari 2013

Bila sebut soal kerja

Bila sebut pasal keje, mcm² keje dan ragam org bekerja..Ada keje sebagai driver, kerani, ada executive,assistant executive, manager dan mcm² lagi..Tp bila bekerja, kdg² manusia tu mcm xbersyukur dgn apa yg dilakukan dan rezeki hasil gaji yang dapat dari keje yg dibuat. Kalau keje di kaunter senyum kelat tiada bahasa. Mmg kadang² emosi dan situasi mempengaruhi kita..Tp cabaran itulah yg kita kena terima dan jgn semua menjadi mangsa. Sabar itu kunci kita..melainkan keje itu kerana terpaksa atas alasan tawaran keje itu saja yg kita ada...Baik berhenti je la keje, sebab ramai lagi mencari keje.

Malah ada yg berkira keje...keje lebih sikit mula muncung sedepa..bila bos bg arahan siapkan keje tambahan mula xkena itu dan ini... Namun pernah tak kita berfikir, jika keje lebih yg kita kena buat, dan belajar sesuatu yang baru adalah untuk kebaikan kita. X rugi kita buat keje lebih, siapkan paper work walaupun bukanlah sebahagian tugas kita, kerana kita tidak tahu apakah menanti kita di masa depan. Mungkin ada kenaikan pangkat dan kitalah insan terpilih itu menyebabkan kita terpaksa melakukan tugas yg pernah kita lakukan dahulu. Yg penting adalah ilmu...Ilmu tidak boleh dijual beli.

Jika kita pegawai besar sekalipun, paling utama jaga lah kebajikan staff kita...jgn pentingkan diri sendiri...Jgn kerana nama dan untuk dapatkan pujian semata-mata kita biarkan staff kita. Mungkin org tu pangkatnya rendah dari kita, tp kita masih kena menghargainya apatah lagi menghormatinya..Mungkin tanpa dia kita juga xmampu bekerja dengan lebih sempurna..Kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain walau apa pangkat sekalipun..Yg penting biarlah bekerjasama dan susah senang sama ditanggung. Percayalah, org akan tetap kenang dan mendoakan yg terbaik buat kita. Tidak rugi pun...kerana kuasa dan pangkat tidak dapat menongkat langit .....sebab bumi ini umpama pusingan roda. Biarlah kita ikhlas dalam bekerja, Insya Allah, murah rezeki kita.

12 Februari 2013

Pergola Idaman

Salam,
Jika berminat membina ruang pergola ...jangan segan... emailkan maklumat anda kepada norey79@yahoo.com. Dengan harga mampu milik..contoh seperti yang tersedia..rumah anda juga mempunyai kelas yang tersendiri dengan pergola idaman di halaman rumah anda.
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015