31 Julai 2013

Perihal Raya

Wahhh.. dah xlama nak raya..sekejap je masa berlalu.....so...ada yg. dah start mula kemas barang² yg nak bawak balik kg....perasaan tu happy semacam..ada yg keje sampai esok je...bestnyaaa....jumaat dah ada di kampung..

Kalau yg. bujang tu..time raya..balik la bercuti lama² di kampung...sebab kalau dah kahwin ...kalau satu kampung or satu negeri..ok la lagi..tp kalau yg jauh..sorang utara..sorang selatan...nak kena bahagi² giliran..terasa sangat...di pagi raya...walaupun nampak happy bersama keluarga..tp mak dan ayah tetap juga diingati..dekat² nak raya ni makin terasa sekali...

Bagi yang memandu...hati² la di jalan raya..pastikan jarak kenderaan selamat...bersabar la sekiranya dalam mengharungi kesesakan jalan raya..yer la...semua org xsabar nak balik kampung kan...ada yg potong Q...nak keluar masuk simpang pun...hati²..dan yg. utama pastikan kereta di servis dengan sebaiknya..

Raya tahun ni..raya pertama..aku akan berada di Negeri Sembilan, ziarah kubur arwah mama mertua dahulu dan melawat saudara mara sebelah husband di Negeri Sembilan, raya kedua bertolak ke Kelantan..singgah di Dungun melawat mak dan ayah dulu...Raya ketiga beraya di Kelantan..sebab kakak ipar semua berkumpul di Kelantan.sedara mara ramai org Kelantan..arwah mama pun asal Kelantan..Raya keempat barulah balik ke Dungun beraya sebelah family aku...13hb balik semula Puchong..

Raya ketiga ada reunion member² sekolah...ramai kawan² berkumpul....xdapat berjumpa tahun ni..InsyaAllah panjang umur..kita jumpa lagi..

24 Julai 2013

Pendapat & Pilihan

Kita semua mempunyai pendapat & pilihan masing²...semuanya berbeza² dan ada yg sama ..jika yang sama...nak berkongsi tu baru seronok kan...berbual dan berhujah xsedar pun masa berlalu..maklum la pendapat sama ataupun pilihan sama..

Tapi kalau kita bertemu dengan orang yg pendapat & pilihan yg berbeza...mcm mana tu? xkan kita nak hentam org tu...oooo tidakkk..pendapat saya lagi bagus...pilihan saya lagi baik.....gituuu?? kita suka kan mengusik perasaan org bila lama² dia jadi semakin marah sebab kita xdapat mengawal percakapan kita..dengan kata² yg keluar dari mulut kita membuatkan dia geram..sakit hati..xpuas hati..kenapa?

Kita nak org hormatkan kita..tp kita sendiri xhormatkan org...tutur kata kita nampak biasa..tp dihatinya...terguris tanpa sedar...kawan...ye mmg btul...jika dia kawan baik..dah biasa bertepuk tampar...tp...manusia tu punya hati dan perasaan...xmengapa la jika dia sukakan warna hijau pun...kita suka warna biru...kan..warna jeee pun....kita hormat je la..dia suka brg pasar malam...kita suka brg parkson...xpe la ...kita xtahu...dia suka beli brg pasar malam sebab dia suka menyimpan duit...kita yg suka beli brg ..Parkson..guris kad kredit...

Bg aku senang jer...org yg bercakap saja² nak menyakitkan hati ni....diamm diri adalah lebih baik...yer..diamkan saja...biarkan org nak kata apa saja..bila penat dia diam la berbicara..puas hati ke xpuas hati..yg penting kita dah membantu dia dari melakukan dosa free² mengutuk dia....takut²...kan kita xmemaafkan dia...sampai sudah..

Jadi hormatlah pendapat & pilihan org lain...kdg pendapat org tu lebihhh baikk pun dari kita...

22 Julai 2013

Ramadhan : Beberapa Pesanan Rasullah SAW

Salam....berkongsi ilmu daripada hasil nukilan HARDAHCS...


semoga kita dapat manfaat darinya..InsyaAllah..

Isnin Datang Lagi :)

Salam Isnin...sekejap jer weekend 2 hari...Isnin datang lagi...biasanya org cakap bila tiba hari Isnin ialah 'monday blues' . Nak ambil mood tu payah skit...bagi yg nak ke sekolah, ataupun yg dah bekerja...lemah gemalai jer...boleh pulak weekend lepas, sudah sahur, mataku sangat tidak mengantuk..boleh segar sesegarnya..padahal malam tu tido jam 12.30 pagi...dan bangun sahur jam 5 pagi...aishh....xmengantuk...tgh hari la baru datang mengantuk tu dan baring sekejap.tapi pagi ni.....sementara nak menunggu solat..tersengguk-senguk ...padahal malam tadi tido awal...11 mlm..dalam kepala.....ohhh...Isnin dah...kena g opis today..

so...teringat semula ceramah yang diberikan oleh I.M.A. (Imam Muda Asyraf).dan dan terus teringat....yer la..nk motivate diri ni skit....biar bersemangat sikit...hehehehe...ok nak cerita yg dimaklumkan oleh I.M.A..
kalau negara barat, kedatangan hari isnin mmg penuh semangat ditunggu...bagi budak² sekolah.bagi yang bekerja xtahu la pulak..tp boleh juga dipraktikkan kot...dalam hati 'ooo barat ni pandai..berbeza dengan kita, tp ada kebenaran juga'. sebabnya, sistem bagi sekolah di barat, setiap isnin pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada hari tersebut..tiada stress..Permulaan hari pertama untuk ke sekolah dimulakan dengan pelbagai acara antara guru dan murid..xtahu la acara apa kan...tp untuk menarik minat pelajar utk ke sekolah..jika Isnin dah berlalu dengan baik dan gembira, maka hari² seterusnya tiada lagi dilalui dengan mengira untuk tiba hari weekend..

jika di Malaysia, sistem sudah tentu la lain...kita kena berhimpun, kena jumpa guru la..kadang ada pelajar yang buat salah dimalukan dalam perhimpunan...mungkin dulu yer...tp kini kena ubah cara supaya lebih menarik...bukan la kata nak contoh barat sepenuhnya...tp kalau benda itu baik, kenapa kita tidak mahu mengiyakan..yg baik kita ambil..yg buruk kita tinggalkan..kalau barat ada American Idol..see..Malaysia pun boleh ikut pulak kan....mcm² rancangan sama mcm barat..tu konteks hiburan dalam tu unsur perniagaan.. ...tp kenapa kita kalau ke arah kebaikan dari sudut lain kita xmahu ikut..kerrr dah ikut skrg???mana la tahu ketinggalan....hihih..kalau yer....alhamdulillah..sure budak² skrg happy nak ke sekolah setiap Isnin.

bagi yang bekerja pulak, mungkin Isnin adalah hari bos bertemu semua staff unit kendaliannya...berborak santai sambil breakfast di pejabat...bos belanja la karipap ke...kuih-muih ke...bercerita tentang kerja...apa masalah...mcm mana nak capai KPI....sambil² bincang minum kopi ke teh...kalau bos yg ada Elaun Keraian tu..apa salahnya kan...staff xberharap pun...tp tu caranya kita menghargai..kadang kita lupa....kita bagi arahan dan arahan....nak laporan on time...nak maklumat segera...kadang staff bawah kita banyak yg tlg kita buat keje dari kita sebenarnya..kalau x pun....staff bawah kita banyak membantu kita...sebab kita kena ingat..pangkat ni bukan untuk kita bermegah²..nak marah staff bawah sesuka hati..nak membuli....tp itu adalah Amanah sebenarnya....berat dan besar tanggungjawab..sbb dengan gaji yang kita terima tu..berbaloi x dengan apa yg kita berikan kepada jabatan...kdg nak tengking dan marah² x agak²....satu bahagian dengar jeritan bos kepada staff yg dimarahinya...dah malu dan aib hamba Allah itu...

mcm aku ni la....staff berapa kerat sangat bahagian ni..but alhamdulillah,,,kitaorg punya perancangan kalahkan orang yg punya 50 org....hahhaha....nak buat itu..nak buat ini..harap² terbuat la...InsyaAllah..diaorg good team work..syukur alhamdulillah dari jabatan dulu..sampai jabatan skrg pun....semua good team work..

20 Julai 2013

I.M.A (Ramadhan Madrasah Transformasi Diri)

Alhamdulillah...semlm 10 Ramadhan, opis ku ada mengadakan ceramah dengan menjemput Imam Muda Asyraf (I.M.A) yang bertajuk Ramadhan Madrasah Transformasi Diri..siapa sangka, baru berusia 29 tahun dapat menarik minat dan menyampaikan dakwah dengan begitu baik....bukanlah aku bgtau yg tua (* tukar ayat dewasa sedap skit) tidak menyampaikan dengan baik...tetapi cara penyampaiannya dan bagi aku dia mmg dianugerahkan oleh Allah berbakat dalam menyampaikan ilmu..

Berdasarkan kepada apa yg disampaikan oleh nya yg sempat aku catatkan ialah :
  • Allah jika ingin memberi Taufik kepada hambaNya - sebagai contoh, jika kita berniat untuk melakukan kejahatan dalam sesuatu perkara dalam konteks sebagai pekerja opis, bos outstation, so jumaat kan lunch panjang, so kita plan dan target jam 11.00 pagi nak g shopping Alamanda, keluar awal sejam, tetapi tiba² bos kita balik ke pejabat jam 10.30 pagi dan membatalkan niat kita untuk keluar awal disebabkan bos masuk semula, itu tandanya Allah tidak mahu melakukan kejahatan tersebut. Allah memberi Taufik kepada kita supaya kita tidak melakukan perkara tersebut.Dan begitulah sebaliknya.
  • Sekiranya kita membenci bos kita, duduk pun tersorok dari pandangan mata bos dan selalu lesap, tetiba bos arahkan kita duduk berhampiran dengan pintu biliknya, itu pun salah satu tanda Allah inginkan kita melakukan kebaikan menjalankan kerja dengan penuh amanah supaya tidak selalu lesap.
  • Allah juga amat suka sekiranya sentiasa kita memohon dan meminta kepadaNya.Biasanya kita sebagai manusia alpa, berdoa diwaktu susah sahaja tapi diwaktu senang kita melupakanNya,dan Allah datangkan musibah kepada kita sebagai tanda Kasih dan SayangNya supaya kita sentiasa mohon dan meminta kepadaNya .
  • Ok....ayattt nii mmg bukan untuk pujian, tetapi khas untuk para suami, betapa hebatnya seorang isteri kerana mampu menguruskan segala kelengkapan di bulan Ramadhan. Contohnya masak selepas bersesak dalam jem dengan kepenatan baru pulang bekerja, bangun awal untuk masak sahur bagi suami dan anak²..Jadi hargailah isteri dan pengorbanannya..biarpun ada yang tidak bekerja, tetapi menguruskan rumahtangga itu pun membuktikan kehebatan seorang isteri..
  • Bulan Ramadhan juga,  umat islam menjaga tutur kata dan lidah.. sekiranya bukan bulan Ramadhan, bermulut puaka, tetapi alhamdulillah dengan kedatangan Ramadhan masing² menjaganya.
  • Bulan Ramadhan juga diturunkan Kitab Al-Quran..dan penceritaannya di dalam Surah Al- Baqarah. Sungguh indah sususan ayat tersebut. Yg ni boleh tgk Tafsir dan semlm mmg I.M.A ada membuat penghuraian setiap ayat.
  • Keinginan manusia bermcm²..kdg Allah x makbulkan sebab Allah ingin berikan kepada kita di alam syurga. sebab itulah kita hendaklah berbuat baik. Kadang kita minta 10 daripada Allah, tetapi Allah makbulkan 6 sahaja...
  • Allah tutup keaiban manusia dan tidak ada yang tahu. Kita pun kena tutup keaiaban diri kita, suami/isteri kita.Kisah ini berlaku semasa di zaman Nabi Musa di mana, umat Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan..Tetapi Allah tidak makbulkan. Oleh yg demikian, Nabi Musa bertemu dengan Allah dan bertanya,Ya! Allah, kenapa Engkau tidak makbulkan segala doa dan permintaan kami. Allah tidak makbulkannya disebabkan oleh salah satu umatnya yang selama 40 tahun tidak bertaubat kepadaNya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan makbulkan doa umat Nabi Musa untuk diturunkan hujan. Maka Nabi Musa pun memanggil sekalian umatnya memberitahu, sekiranya salah seorang dari kamu yang berdosa itu bertaubat kepada Allah kerana telah melakukan dosa selama 40 tahun, maka Allah akan makbulkan doa umatku. Selepas salah seoarang umat Nabi Musa yang berdosa itu bertaubat, barulah Allah turunkan hujan dan makbulkan doa. Nabi Musa ingin tahu siapakan dia, tetapi Allah tidak memberitahu kepada Nabi Musa dan menutup keaiban diri hamba yang berdosa itu, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu. Begitulah dengan kita, harus menutup keaiban kita, suami/isteri kita dan juga orang lain. Mohon ampunlah  kepada Allah kerana  Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dan banyak lagi sebenarnya, tetapi nota tertinggal di opis. Ini sajalah perkongsian yang xseberapa yang ingin disampaikan walaupun sepatah ayat...Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah kelemahan saya sebagai hambaNya.


Nak juga bergambar...

Haruslah ada sekeping gambar kenang -kenangan...hehhehhe

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015