19 Mac 2018

Monday Blues

Jarang minggu pertama cuti sekolah akak ni bekerja. Tapi kali ni kesibukan sikit, so cuti tu forward balik raya cuti panjang. In  shaa Allah.

Memandangkan akak bekerja harap monday blues tu takde la sangat hari ini. 
Selamat Bekerja dengan penuh semangat gittew.
Nah blanja 1 video satu.



















18 Mac 2018

Bukit Melawati

Kebetulan hari ni ada jemputan kenduri kahwin di Kuala Selangor. Jarang ke sana, so alang-alang musim cuti sekolah dan cuti kali ni tiada perancangan balik kampung atau kemana-mana, so singgah la ke Bukit Melawati.


Rasanya daya tarikan kat sini monyet. Sebab kebanyakan pengujung bermain santai dengan monyet yang super duper jinak.


Kat bawah tu ramai bermain dengan monyet yang jinak. Sedangkan kat atas ni ada Muzium. Tak ramai yang masuk.Kalau kat Bali, berbeza sangat. Monyetnya kena berhati-hati.


Tengah panas terik mentari, dengan selamba bergambar.hahhaha...harap balik tidak migrain. Esok isnin keje..bestnya cuti sekolah yang dapat bercuti. huhuhuh

17 Mac 2018

Sibu

Nampaknya sekarang zon kesibukan telah datang. Selesai semua penjelajahan Taklimat untuk mereka yang terlibat bagi proses Pilihan Raya. Takde la jelajah semua negeri, sebab bila bos takde calon je, biasanya akak ni turun la membantu.

Lokasi terakhir arahan bos adalah Sibu Sarawak. Alhamdulillah atas asbab bertugas di Sibu selama 2 hari, dapat berjumpa dengan kawan lama yang hampir 20 tahun tidak berjumpa. Bisanya di FB akak ni jarang sangat nak update status semasa. Check in lokasi pun jarang. Dah balik baru up. hehehheheh.



Akak memilih AirAsia. Sebab banyak penerbangan. Cuakk wehh...Walau akak ni dah biasa naik flight tapi, setiap kali nak naik, ketakutan tetap ada. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Hahahahha..


Ok, sampai sibu boleh check in awal. Padahal waktu check in adalah jam 2 petang. Penginapan pulak di TanahMas Sibu. Hotel ni memang strategik. Semua lokasi akak hanya jalan kaki.hahhahaha. Siap buka google maps. Lagipun sibu takde la besar mana. Kalau datang sibu, memang TanahMas ni sesuai. Hanya 5 minit jalan kaki ke pasar malam yang ada setiap hari bermula jam 6 petang, 10 minit jalan kaki ke Sibu Heritage, 3 Minit je nak Dataran Sibu, 5 Minit nak ke Central Market Sibu/ UTC.


Akak bersama Intan. Alahai kurusnyaaa dia.hehehhehehe.. Ambil gambar berlatar belakangkan Sungai Rajang. Akak rasa macam g Bangkok pulak. 1st day, akak bertugas di Pejabat Daerah Kanowit. Awal pagi dah bergerak ke sana. Tapi sarawak matahari pagi awal, jam 6.30 dah breakfast.
Hari kedua akak bertugas di Sekolah Menengah Methodist tak silap, kat bandar Sibu je. Macam biasa semasa bertugas akak jarang ambik picture. Urusan Rasmi, hp hanya akak biar tepi. Ada juga bergambar, tapi atas kesesuaian nak upload fb atau update status. Tapi setengah hari xbuka hp, beratus-ratus wasap masuk. 

Selesai taklimat dan bertugas, akak amik masa untuk santai-santai jalan di Sibu. Macam akak cakap tadi, Sibu kalau 2 malam tu dah boleh cover. 1 malam pun boleh. Tapi kalau datang sabtu atau ahad, kat Central Market Sibu tu, banyakkkk sangatttt orang dari pedalaman turun meniaga di sana. Sayur-sayur kampung dan murahhhhhh yakkkmattttt.. Ikut hati akak ni, habis borongggg....hahahhaha
Hari Isnin - Jumaat hanya peniaga sediaada je yang ada. So kalau weekend tu terus je beli banyak2.


Ni semasa di Sibu Heritage. Panas sangattt. Akak sampaikan beli beg tambahan. Asyik nak membeli. Padahal, gaji belum nampak bayangnya. hahahha..Bukan selalu datang pun. Beli buah tangan sikit2 je.


Asbab akak upload di fb, akak dapat berjumpa dengan winnie. Dulu dia bekerja di Limbang. Rupanya sekarang dah pindah Sibu. Alahaiii..terkejut winnie dah ada anak sekolah menengah. Akak ni baru darjah empat yang sulung. Untungnya kawin muda.


Selepas jumpa winnie terus standby ready nak check in. haaa..Hasilnya, sorang 2 beg. Kemain lagi mula2 masing2 nak 1 beg je. 

28 Februari 2018

Barber

Cuti Tahun Baru Cina balik Terengganu. Alhamdulillah masa pergi - balik langsung tak tempuh jem. Syukur sangat. Walau balik khamis pagi dan datang semula KL Isnin pagi, semuanya ok. Cuma kalau nak ke KL, strateginya masa cuti panjang paling lewat jam 11 pagi dah kena masuk plaza tol karak atau selewatnya jam 12. Kalau selepas time tu, memang sangkut.

Btw tak sempat gunting rambut syahiran semasa kat puchong, so ingat isnin petang sampai puchong nak g kedai gunting. Just pergi mamak je biasa. Tapi syahiran ajak ke kedai barber yang dia berkenan sangat kat kampung. Kedai baru buka kebetulan. Berhadapan Hospital Dungun.


Dalam hati, mau kena RM20 ni. Tapi tak mengapa lah sekali sekala. Hahahaha
Tapi terkejut  bila nak bayar, hanya RM7 saja kanak-kanak.
Kalau gini, bolehh sangat la lain kali datang lagi. hehehe



Kemain dah makin besar dah nak berfesyen. Kiranya makin tua la mamanya. 

30 Januari 2018

Happy- Cuti 2 Hari..


Assalamualaikum..Hari ni mcm sakit tekak la pulak..nasib esok cuti 2 hari. tapi sebab anak sekolah kat selangor.Terpaksa la duduk saja. Kalau tak jumaat amik cuti terus terbang pulang ke desa...kik..kik..Tapi In shaa Allah esok nak g Muzium Negara kot. Bawa syahiran dan syahareel.

Lagipun raya cina ni nak balik ke Besut. Tapi cuti sekolah macam tak lama pulak..huhuhu
Ada kenduri sepupu husband. Jadinya mmg wajib balik time tu. Harap masa tu parlimen belum bubar. Kalau bubar nasib la..cuti dibeku..

Buat warga selangor yang bekerja, selamat bertugas. Boleh je nak cuti, tapi ambil cuti sendiri. Macam last 2 years keje kat selangor, husband cuti. Tapi 1 Februari tu hari lahir, amik la cuti. Tahun ni tak perlu risau dah.


Tak mengapa, jangan sedih-sedih. Happy kan diri. Cuti ke tak cuti yang penting happy menyelusuri hari.
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015