09 Disember 2017

Family Day & Majlis Perpisahan

Salam,

Dalam organisasi, bertukar tidak sama apabila bersara. Perasaan itu, bila bertukar walaupun sedih namun kita tahu pertukaran disebabkan kenaikan pangkat atau penempatan yang lebih baik...Dan semalam dianjurkan majlis persaraan buat bos besar, Dato' Juhari bin Abd Rahman. Timbalan Setiausaha (Strategik)..

Pada Sept 2015, aku berhijrah...Dari Putrajaya ke Pejabat Kesihatan Daerah...Masa tu, perasaan sedih sangat...sebab ingatkan masih penempatan di Putrajaya..Tapi demi karier, diteruskan..Ilmu ..pelajaran, pengalaman...semuanya dikutip pahit manis..

Bersama Dato' Juhari, aku dianugerahkan Pekerja Khidmat Cemerlang pada tahun 2014. Masa tu, macam tak percaya, sebab ramai lagi calon lain berkelayakan..Dan masa yang sama, masih dengar2 yang aku bakal dikembalikan ke Jabatan lama..masa tu..mcm sukar ..sebab di bawah KKM, mana mungkin semudah itu...Dalam tempoh itu, jika ada majlis anjuran Pejabat TSU (S), aku masih dijemput..Rasa ukhwah itu rapat sangat...Ingat lagi semasa menghadiri majlis makan2,,secara personal berjumpa dengan Dato, dia tanya.. " Raihan, awak nak balik tak ke sini??

Aku jawab.." Saya akan kembali Dato'....sekiranya khidmat saya diperlukan..saya pasti kembali..walau saya bukan siapa2..bukan orang penting..tapi saya pasti kembali...

Dan awal Januari 2017, aku kembali.... walau hilang kekanan selama setahun, aku tak rasa ralat..inilah pilihan sendiri..yang lebih mengembirakan..


Majlis Lambaian Kasih,merangkap persaraan Dato' Juhari Abd. Rahman..Majlis di adakan di Homestay Terlajakk Laris Dato Aliff Shukri di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh...


Yang penting majlis ni di buat sendiri tanpa panggil katering ..Masak sendiri & diberi tugas masing2...Petang..santai2..mandi kolam...minum petang.makan2..lawat kawasan...


Tema: Kampung
Yang penting, majlis ni berjalan dengan cemerlang..

Inilah kehidupan..Antara nasihat Dato', dalam perkhidmatan jangan kita cantas orang, bekerja la dengan dedikasi & cemerlang..

Selamat Bersara Dato'. Terima kasih atas tunjuk ajar & nasihat..
Yang paling sedih, sudah pasti PA nya Amni Hajidah...
Dan dengar2 ada khabar angin bertiup..entah betul...entah tidak..berhijrah lagi ke aku??

15 November 2017

Result

Semua ibu bapa yang anaknya mula dapat result peperiksaan akhir tahun mungkin ada yang berpuas hati..ada yang bersedih...Aku mulanya mmg berdebar juga..sebab semasa peperiksaan pertengahan..boleh tahan juga nombor syahiran dapat..Bila minggu exam pun...dia xde nak belajar sangat..Tapi dah siap² pesan..kalau turun kelas..handphone kena tarik balik...ipad dah ditarik sebab asyik turun..dan paling ketara...maybe dia takut...xde nak hantar amik sekolah dah..walau hantar kat transit je......baru dia tahu..

Tapi alhamdulillah..walau resultnya turun yang peliknya kedudukannya semakin baik..dah berada diparas yang xdisangka..bila bagitau semalam..melompat dia...sebabnya..ipad dibenarkan balik..handphone tak ditarik..siap belanja pizza..

Dalam group wasap..parents mula bercerita....kadang faham perasaan mereka...masing² mmg mahukan yang terbaik untuk anak²...tapi mengejar angka kedudukan yang terbaik kadang memberi tekanan kepada anak²...Sistem pembelajaran di malaysia mmg dah begitu...kena kejar ranking..

Tapi kesian pada anak²..darjah 1 dah start hantar tuisyen sebab takut ketinggalan...yuran tuisyen bukan sikit² sekarang..tahun depan syahareel mula darjah 1...27hb Nov dah start exam menentukan kelas...
Bila bagitau.."ayyil nak kena exam ni"...boleh dia cakap.." xhabis² exam..kecik² pun nak kena exam...ayyil penat mama"....tu budak umur 6 tahun bercakap..sebab di tadika pun dah ada sistem exam..tapi xpernah pun...stress kan dia..maybe cikgu tadika buat revision..bagi homework banyak..dia terasa...

Jika next year adalah PRU....kalau bukan tahun ni  ...harap menteri pelajaran xde la pembaharuan² yang memberi tekanan bukan saja kepada guru, murid..tetapi juga ibu bapa..Bukan lah kata xde ambil berat pasal pelajaran anak²...tapi biarlah murid itu lahir menjadi generasi yang berkualiti bukan saja dari segi akademik tetapi juga sikap & tanggungjawab.. Wallahuallam


14 November 2017

Bathroom Refinishing Coating

Amboi..x agak² tajuk..omputeh..kik..kik..kik..
Actually, lantai dalam tandas master bedroom mmg nak tukar..sebab dah lama sangat..dah puas sental...guna clorox....tapi baru ni..masa xsihat..campur clorox sental tandas..datang sesak nafas..masa tu mc..asyik tidur..bangun..konon nak buat la keje...nak cuci tandas..campur pencuci lain..letak clorox....kebetulan tutup pintu masa tu..mak aiii...tercungap²...time tu je la..tapi cuci guna clorox ni puas hati..sebab campur benda lain tu..jadi pening sekali..wallahualam..

Btw...sebab nak tukar pintu tandas...so...better buat lantai sekali...tapi..kalau nak tukar tiles baru..keje² buat tu..mcm ambil masa...tapi bila buat ni..sekurangnya sehari je xdapat guna tandas...esoknya dah boleh guna..

Sebab urgent..just dapatkan 1 quotation..tu pun kos dah RM1k..xtahu la murah ke mahal....


Buat ni dengan SB Multi Coat...yang suka adalah servisnya..kira...semua kehendak pelanggan dijaga...call...layanan..kan puji sangat kan..atas pengalaman masing²..


Warna² pun atas recommendation yang diberikan..corak pun pilih la mana yang suka..


Inilah asal lantainya...kalau nak diikutkan kalau tukar tiles lagi better kot...

Yang asalnya mcm ni..


Semasa proses² nak buat...Antara jam 10  pagi - 4 ptg siap...dalam 6 jam..nak guna tandas..esoknya baru boleh rasmi...


Ni bila dah siap...tgh tunggu proses kering


Akhirnya..selesai...waranti 3 tahun..maybe tahan dalam 10 tahun..In shaa Allah..

01 November 2017

BP

Semalam mc..mmg kurang sihat..dah setiap 3 hari g klinik..asyik naik..naik..ehhh..hari ni naik ke turun petrol...huhuhuhu..


Sebenarnya ia boleh kontrol..tapi sebab banyak fikir barangkali....stress...kalau stress dengan keje ok lagi...boleh susun keje..tapi kalau stress dengan manusia...yg tu payah sikit..xberbaloi nak stress kerana manusia...sampaikan sakit²..

So..marilah jaga kesihatan...


Sekarang nak membeli pun kena banyak survey...kadang murah..tapi nak kena baca juga review..
Shoppe ni harga lagi murah dari lazada.

Harga mahal sikit..tapi dengar² lazada sekarang sistemnya bermasalah...nasib juga ramai kawan ada pengalaman maklumkan awal..kan nanti beli....lagi naik BP...huhuhuhuu
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015