SIKAP DAN PERANGAI MENJENGKELKAN
1. Anda sedang beratur untuk bayar di cafe dalam Q yang panjang. Tetiba datang kawan orang yang beratur dihadapan anda dan beratur bersama-sama. Anda cuba bersikap positif...Mungkin bayar sekaligus. Kemudian datang lagi seorang. Positif lagi. Bila tiba di kaunter, masing-masing membayar secara berasingan.
A - Anda rasa nak marah
B - Anda positif saja
C - Anda tegur
D - Buat tak tahu jer dan lupakan
2. Anda sedang memandu kereta dilaluan tengah. Kenderaan menyusur dari kiri...tanpa sabar² terus ke laluan anda menyebabkan anda terpaksa menekan brek secara mengejut. Apa perasaan anda?
A - Lesen P. Biarkan
B - Hon kuat²
C - Bagi lampu
D - Biarkan je la...Tekan je brek
3. Anda menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak mengenali dan menawarkan pelbagai tawaran. Anda menolak dengan baik. Tetapi selagi x menerima dan say yes, tak habis² memaksa.
A- Anda letak saja telefon
B- Anda tengking dan marah
C- Anda diam tanpa menjawab apa pertanyaan.
D - Jangan angkat terus.
4. Anda menerima telefon dari seseorang. Terus mengugut anda mengatakan nama anda adalah sebagai rujukan bagi orang yang anda kenali namun tanpa anda ketahui. Kononnya dia adalah lawyer, nak datang sita barang rumah ..nak lelong barang. Cakap pun dengan kurang ajar.
A- Anda letak je telefon
B- Anda refer pada yang arif
C- Anda refer pada orang yang kenali tu
D- Anda maki balik lawyer tu.
Semalam hari stress aku. Dengan keje yang berlambak, mmg aku xde masa nak melayan call. Situasi pertama, aku nak je aku tegur. Aku tak kisah pun jika kau nak bersama kawan..nak tumpang kawan ke...nak beratur dengan kawan ke. tapi bayar sekali la..tu baru adil..banyak lagi orang beratur belakang.
Situasi kedua....aku dah biasa....sebab dah memandu hampir 18 tahun... aku x sempat brek dan kiss kereta yang menyusur tu...siap ...
Situasi ketiga, penat dah aku nak melayan. Aku pun tak nak kurang ajar....senang aku cakap..terima kasih je la..letak.
Situasi keempat....aku mmg tak pernah menerima call orang yang kurang ajar. Orang yang letak nama rujukan aku pulak mmg aku kenal. Tapi tak mengaku bila aku tanya untuk apa semua...kata orang lain pulak dia jaminkan untuk beli barang ..sedihhhhhh aku....dah la aku stress..banyak keje xsiap..hari² balik lambat...sampai bawa mimpi aku punya keje xsiap....bangun pagi terus ingat...mcm aku ni jusa pulak...buat² 10 kali edit...lepas tu je aku jumpa kawan aku yg berjawatan dalam polis....minta tlg dia....pada lawyer tu...lepas dapat contact hamba Allah yg buat rujukan tu...siap bagitau dan mengadu..siapa yang kurang ajar dengannya dan nak report polis. silakan.....siap sebut..koperal ke ? selalu pandang orang kat bawah kan...pangkat bawah² kan...aku tak kan bagitau sapa dia..pangkat apa...sebab jangan nak pandang diri tu hebat sangat.... tahu terduduk kan bila seorang yang betul² polis soal siasat....muhasabah diri boleh..
Tak pe..dugaan dan cabaran sentiasa ada....