17 November 2014

Birthday Celebration

Salam Isnin...

Sekarang musim hujan..dah rasa macam di pantai timur...bulan December ni balik kampung...harap semuanya ok...Btw hari sabtu 8hb hari tu dapat jemputan dari Columbia Asia Hospital Puchong..Sebab Ayyil kan dilahirkan di sana...so..birthday bulan November disambut bersama kanak² lain yang lahir di sana...

Masa otw tu..Ayyil ni ada buat perangai sikit...so kena marah..muka masam.....aku kat belakang..diam je...saja
Kemudian..bila dah sampai...aku pujuk dia..tegur...saja..nak test yang biasanya bila merajuk..hujung² mesti meleleh punya..

Akhirnya.....memang drama air mata...masa ni nak ambil dia.nak ajak keluar kereta..xpe la Ayyil...olololo..Jom cepat kita ke training room columbia asia..dah lambat ni..


Kiranya sambutan birthday ni x ramai sangat..namun tetap meriah..ada makanan simple²..ok la kan...aku pun xde la bajet nak makan sangat...


Kemudian ada la aktiviti simple....ok la...2 jam habiskan masa di sini..jimat belanja ..hahahha..kejam betul....

By 26 November ni..baru genap 3 tahun anak mama....dah banyak karenah dan banyak ragam...tapi antara Iyyan dan Ayyil...nampaknya Iyyan lagi manja dan terlebih manja...sapa adik sapa abg ....hehehhe

13 November 2014

SIKAP DAN PERANGAI MENJENGKELKAN

SIKAP DAN PERANGAI MENJENGKELKAN


1.  Anda sedang beratur untuk bayar di cafe dalam Q yang panjang. Tetiba datang kawan orang yang beratur dihadapan anda dan beratur bersama-sama. Anda cuba bersikap positif...Mungkin bayar sekaligus. Kemudian datang lagi seorang. Positif lagi. Bila tiba di kaunter, masing-masing membayar secara berasingan. 

A - Anda rasa nak marah
B - Anda positif saja
C - Anda tegur
D - Buat tak tahu jer dan lupakan


2. Anda sedang memandu kereta dilaluan tengah. Kenderaan menyusur dari kiri...tanpa sabar² terus ke laluan anda menyebabkan anda terpaksa menekan brek secara mengejut. Apa perasaan anda?

A - Lesen P. Biarkan
B - Hon kuat²
C - Bagi lampu
D - Biarkan je la...Tekan je brek


3. Anda menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak mengenali dan menawarkan pelbagai tawaran. Anda menolak dengan baik. Tetapi selagi x menerima dan say yes, tak habis² memaksa.

A- Anda letak saja telefon
B- Anda tengking dan marah
C- Anda diam tanpa menjawab apa pertanyaan.
D - Jangan angkat terus.

4. Anda menerima telefon dari seseorang. Terus mengugut anda mengatakan nama anda adalah sebagai rujukan bagi orang yang anda kenali namun tanpa anda ketahui. Kononnya dia adalah lawyer, nak datang sita barang rumah ..nak lelong barang. Cakap pun dengan kurang ajar.

A- Anda letak je telefon
B- Anda refer pada yang arif
C- Anda refer pada orang yang kenali tu
D- Anda maki balik lawyer tu.

Semalam hari stress aku. Dengan keje yang berlambak, mmg aku xde masa nak melayan call. Situasi pertama, aku nak je aku tegur. Aku tak kisah pun jika kau nak bersama kawan..nak tumpang kawan ke...nak beratur dengan kawan ke. tapi bayar sekali la..tu baru adil..banyak lagi orang beratur belakang. 

Situasi kedua....aku dah biasa....sebab dah memandu hampir 18 tahun... aku x sempat brek dan kiss kereta yang menyusur tu...siap ...

Situasi ketiga, penat dah aku nak melayan. Aku pun tak nak kurang ajar....senang aku cakap..terima kasih je la..letak.

Situasi keempat....aku mmg tak pernah menerima call orang yang kurang ajar. Orang yang letak nama rujukan aku pulak mmg aku kenal. Tapi tak mengaku bila aku tanya untuk apa semua...kata orang lain pulak dia jaminkan untuk beli barang ..sedihhhhhh aku....dah la aku stress..banyak keje xsiap..hari² balik lambat...sampai bawa mimpi aku punya keje xsiap....bangun pagi terus ingat...mcm aku ni jusa pulak...buat² 10 kali edit...lepas tu je aku jumpa kawan aku yg berjawatan dalam polis....minta tlg dia....pada lawyer tu...lepas dapat contact hamba Allah yg buat rujukan tu...siap bagitau dan mengadu..siapa yang kurang ajar dengannya dan nak report polis. silakan.....siap sebut..koperal ke ? selalu pandang orang kat bawah kan...pangkat bawah² kan...aku tak kan bagitau sapa dia..pangkat apa...sebab jangan nak pandang diri tu hebat sangat.... tahu terduduk kan bila seorang yang betul² polis soal siasat....muhasabah diri boleh..

Tak pe..dugaan dan cabaran sentiasa ada....


12 November 2014

Zaman Teknologi

Salam...
Hari rabu..pagi² ni mood happy....tengah ambil aura² positif....fikir yang baik²...walau kadang² aku pun datang pelbagai perasaan malas.....bosan....tapi hakikatnya kena mencari hikmahNYA...jadi sajikan dengan gambar Ayyil..


Zaman teknologi...gajet mmg tidak dapat dipisahkan...

Puas dalam ipad...bertukar ke pc pulak...botol susu yang pasti teman setia..


03 November 2014

Jalan ² IOI Mall

Salam..

Kebetulan sabtu malam aku g Ioi Mall..jarang ke sana sebenarnya..dekat..tapi jemmm...senang g giant kinrara..sebab parking free...aku boleh tolak troli....santai²...nak balik...senang...tapi memandangkan nak ambil gambar untuk Iyyan...kedai gambar yg ada Ioi Mall je la..so..terpaksa la ke sana..sambil tu pandai husband aku...dia kata...raihan pilih la baju...kita belikan baju untuk raihan ok...amboi...jarang dia sebut...dia suh sangat aku pilih..aku nak pilih pun...xtahu...kalau aku balik Dungun..aku g pasar malam.hari khamis.. di sura gate...seronok aku nak pilih baju...so...aku pun setuju la g Ioi Mall..sebab ada alasan aku kena pegi...kalau x...biar dia je la pegi..


Aku nak shopping...senang aku ada list...ni..bila x plan..aku xtahu nak beli yang mana..

 

Seingat aku..time pregnant..aku mmg suka Scarlet...

Sambil² tu..baru aku perasan...si ayyil ni....excited dia nak g Ioi....selipar lain sebelah...alahai...sabar je la...tapi bila aku tegur..selamba dia je...


Ingat habis bergaya la tu...aku xtahu nak nangis ke nak gelak....xkuasa aku nak g beli selipar baru...esok² aku tunjuk gambar ni..baru dia tahu..hahahhaa

Kemudian nak g beli groceries sikit...aku ingat nak ambil tisu royal gold ni...lepas tu iyyan sound " mama...ambil tisu scott sudah..mcm tahu jer...scott murah sikit....aku pandang husband aku...dalam hati " mesti dia suka la tu..anak dah pandai buat penilaian bandingkan harga....hehehhe


Bila nak balik dalam jam 10 lebih tu..ramai sangat orang beratur nak bayar tiket..so husband aku bagitau..bawak la iyyan dengan ayyil g tengok kat pet shop...sambil tunggu dia..boleh la..layan 


Iyyan dan Ayyil mmg suka sangat dengan kucing..aku je xtahan...suka jugak..tapi malas part nak menjaga...konfemnya jika nak bela..aku kena uruskan...


Tengok dari luar..dapat bergambar pun jadi la...tu pun ada juga sebut.."mama, jom bela kucing....mmmmm..



02 November 2014

Tahniah Noorhana

Salam..

Hari ini..hari istimewa buat adik aku yang bongsu...Noorhana..Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya berjaya menggenggam ijazah...23 tahun yang dulu..sewaktu ibuku berusia 43..kami adik beradik tidak menyangka..ibuku akan mengandung lagi..Masa melahirkannya..nurse di HKT berkata dengan ibuku "Makcik dah tua...dah² la beranak...jaga cucu je la"...Menangis air mata ibuku...masa tu...mmg family kami susah...ramai yang ingin mengambil dan menjaga Noorhana...termasuklah doktor yang menyambutnya..iaitu doktor Noorhana...

Jadi...namanya diberi sempena nama doktor Noorhana...namun sesusah mana kami masa itu..biarlah kami bersama... Namun dia adalah yang bertuah antara kami..sejak sekolah dia dapat biasiswa..sehingga ke peringkat ijazah..sewaktu sekolah rendah..bila ayah aku menjemputnya dari kelas..kawan²nya panggil...."Hana..atuk kau dah datang... namun..ayah aku hanya tersenyum...kawannya...ayah dan ibu masih muda...lagipun Hana bongsu...

Mulanya dia seakan kecewa bila ayah dan ibuku tidak dapat hadir...bukan kerana apa..ayahku dan ibuku pun sudah tua.namun semangat hati mereka berkongsi kegembiraan tetap ada...Yang penting kasih sayang dari kejauhan tetap utuh diiringi dengan doa..Kami sama² meraikannya...kami yang sentiasa bersama saat suka ..duka...gembira dan menangis...walau masing² ada tanggungjawab tersendiri...namun kami adik beradik...sentiasa bersama saat susah dan senang...

Tahniah Hana...Bersama kakakku aini dan ju..









Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015