17 Mac 2018

Sibu

Nampaknya sekarang zon kesibukan telah datang. Selesai semua penjelajahan Taklimat untuk mereka yang terlibat bagi proses Pilihan Raya. Takde la jelajah semua negeri, sebab bila bos takde calon je, biasanya akak ni turun la membantu.

Lokasi terakhir arahan bos adalah Sibu Sarawak. Alhamdulillah atas asbab bertugas di Sibu selama 2 hari, dapat berjumpa dengan kawan lama yang hampir 20 tahun tidak berjumpa. Bisanya di FB akak ni jarang sangat nak update status semasa. Check in lokasi pun jarang. Dah balik baru up. hehehheheh.



Akak memilih AirAsia. Sebab banyak penerbangan. Cuakk wehh...Walau akak ni dah biasa naik flight tapi, setiap kali nak naik, ketakutan tetap ada. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Hahahahha..


Ok, sampai sibu boleh check in awal. Padahal waktu check in adalah jam 2 petang. Penginapan pulak di TanahMas Sibu. Hotel ni memang strategik. Semua lokasi akak hanya jalan kaki.hahhahaha. Siap buka google maps. Lagipun sibu takde la besar mana. Kalau datang sibu, memang TanahMas ni sesuai. Hanya 5 minit jalan kaki ke pasar malam yang ada setiap hari bermula jam 6 petang, 10 minit jalan kaki ke Sibu Heritage, 3 Minit je nak Dataran Sibu, 5 Minit nak ke Central Market Sibu/ UTC.


Akak bersama Intan. Alahai kurusnyaaa dia.hehehhehehe.. Ambil gambar berlatar belakangkan Sungai Rajang. Akak rasa macam g Bangkok pulak. 1st day, akak bertugas di Pejabat Daerah Kanowit. Awal pagi dah bergerak ke sana. Tapi sarawak matahari pagi awal, jam 6.30 dah breakfast.
Hari kedua akak bertugas di Sekolah Menengah Methodist tak silap, kat bandar Sibu je. Macam biasa semasa bertugas akak jarang ambik picture. Urusan Rasmi, hp hanya akak biar tepi. Ada juga bergambar, tapi atas kesesuaian nak upload fb atau update status. Tapi setengah hari xbuka hp, beratus-ratus wasap masuk. 

Selesai taklimat dan bertugas, akak amik masa untuk santai-santai jalan di Sibu. Macam akak cakap tadi, Sibu kalau 2 malam tu dah boleh cover. 1 malam pun boleh. Tapi kalau datang sabtu atau ahad, kat Central Market Sibu tu, banyakkkk sangatttt orang dari pedalaman turun meniaga di sana. Sayur-sayur kampung dan murahhhhhh yakkkmattttt.. Ikut hati akak ni, habis borongggg....hahahhaha
Hari Isnin - Jumaat hanya peniaga sediaada je yang ada. So kalau weekend tu terus je beli banyak2.


Ni semasa di Sibu Heritage. Panas sangattt. Akak sampaikan beli beg tambahan. Asyik nak membeli. Padahal, gaji belum nampak bayangnya. hahahha..Bukan selalu datang pun. Beli buah tangan sikit2 je.


Asbab akak upload di fb, akak dapat berjumpa dengan winnie. Dulu dia bekerja di Limbang. Rupanya sekarang dah pindah Sibu. Alahaiii..terkejut winnie dah ada anak sekolah menengah. Akak ni baru darjah empat yang sulung. Untungnya kawin muda.


Selepas jumpa winnie terus standby ready nak check in. haaa..Hasilnya, sorang 2 beg. Kemain lagi mula2 masing2 nak 1 beg je. 

28 Februari 2018

Barber

Cuti Tahun Baru Cina balik Terengganu. Alhamdulillah masa pergi - balik langsung tak tempuh jem. Syukur sangat. Walau balik khamis pagi dan datang semula KL Isnin pagi, semuanya ok. Cuma kalau nak ke KL, strateginya masa cuti panjang paling lewat jam 11 pagi dah kena masuk plaza tol karak atau selewatnya jam 12. Kalau selepas time tu, memang sangkut.

Btw tak sempat gunting rambut syahiran semasa kat puchong, so ingat isnin petang sampai puchong nak g kedai gunting. Just pergi mamak je biasa. Tapi syahiran ajak ke kedai barber yang dia berkenan sangat kat kampung. Kedai baru buka kebetulan. Berhadapan Hospital Dungun.


Dalam hati, mau kena RM20 ni. Tapi tak mengapa lah sekali sekala. Hahahaha
Tapi terkejut  bila nak bayar, hanya RM7 saja kanak-kanak.
Kalau gini, bolehh sangat la lain kali datang lagi. hehehe



Kemain dah makin besar dah nak berfesyen. Kiranya makin tua la mamanya. 

30 Januari 2018

Happy- Cuti 2 Hari..


Assalamualaikum..Hari ni mcm sakit tekak la pulak..nasib esok cuti 2 hari. tapi sebab anak sekolah kat selangor.Terpaksa la duduk saja. Kalau tak jumaat amik cuti terus terbang pulang ke desa...kik..kik..Tapi In shaa Allah esok nak g Muzium Negara kot. Bawa syahiran dan syahareel.

Lagipun raya cina ni nak balik ke Besut. Tapi cuti sekolah macam tak lama pulak..huhuhu
Ada kenduri sepupu husband. Jadinya mmg wajib balik time tu. Harap masa tu parlimen belum bubar. Kalau bubar nasib la..cuti dibeku..

Buat warga selangor yang bekerja, selamat bertugas. Boleh je nak cuti, tapi ambil cuti sendiri. Macam last 2 years keje kat selangor, husband cuti. Tapi 1 Februari tu hari lahir, amik la cuti. Tahun ni tak perlu risau dah.


Tak mengapa, jangan sedih-sedih. Happy kan diri. Cuti ke tak cuti yang penting happy menyelusuri hari.

29 Januari 2018

Minggu Best Keje Cuti keje..hehhehe

Salam,

Minggu ni paling best kan..kik..kik..kik..keje..cuti..keje..warga selangor kena keje.warga wilayah dapat cuti..yeayyy...hehehehehe..
Tapi cuti pun payah nak plan nak kemana-kemana..kadang geram je..balik kampung..esok bos husband call suh datang meeting la.kadang tgh cuti nak kena buat keje la..dah kena 2-3 kali berturut²..dah putus angin..siap pesan...biar la akak yang plan sendiri.. especially bila balik terengganu...balik kampung sendiri mana cukup sehari dua..dah la perjalanan jauh. Baik tak payah..

Dan sejak December 2017, ayah mertua duk skali. anak lelaki sorang.berikan pahala kepadanya..kik..kik..kik....alhamdulillah jumaat last week pagi  selesai operation..
Time lunch datang singgah sekejap..



Semalam dah keluar hospital...
Ayah mertua duk skali, mmg suh husband amik maid. Senang nak menguruskan makan dan minum. Lagipun tak lama lagi nak PRU...pengalaman yang lepas ada PRU..pejabat dah jadi rumah pertama dan rumah sendiri jadi rumah kedua.Tak tahu la mcm mana gayanya tahun ni..harap semuanya ok dan dipermudahkan...


Semalam keluar dengan husband amik ayah mertua balik...lepas ni ada sesi seterusnya lawatan jadual ke hospital..Harap semuanya juga dipermudahkan.

08 Januari 2018

Darjah 1

Salam,

Alhamdulillah..This year Ayyil darjah 1..Tapi sebab dia lahir hujung tahun..nampak mcm bukan darjah 1..Al-maklum la anak hanya 2...manja terlebih...Bukan xnak lebih..xde rezeki..Ada ramai..nak je..Semua orang nak yang terbaik dalam kehidupan masing²...Tapi kena mensyukuri apa yang telah dikurniakan..

Memang Ayyil meragam 1st day..menangis..lari dari kelas..letih sungguh..sampaikan cikgu tanya...ada parents tanya..nak buat mcm mana...Sekolah tadika xsama seperti sekolah kebangsaan bersambung lagi dengan sekolah agama. ..Melainkan setengah parents hanya hantar sekolah kebangsaan atau sekolah cina..Masing² punya pilihan..Kalau ikutkan perangai dan kehendak anak².nanti jangan jadi seperti Anakku Sazali...

So...layankan picture yang ada..

Pagi ni sediakan breakfast..tengah merajuk sakan..sebab terpaksa pakai samping..so.nak vitagen..layankan aje..risau juga..sakit perut nanti..parah..hahhaha


So..hantar utk transit naik van dulu...Mula dah meragam dan merajuk..menangis


Muka tension tak puas hati.. Beza sangat dengan Iyyan..Betul ke anak sulung lebih berdikari?..Ada la yang bertanya masa tu..anak bongsu ke? aah..akak jawab anak bongsu..Dalam hati kalau tanya brape anak..nk jawab 5 orang..kah..kah..kah...bukan apa..takut panjang bicara lagi...kan nanti.. "oooo anak dua je"..negatif sungguh..hahahaah

Untuk sesi petang..sekolah kebangsaan pulak..Kena stay kat dewan nak tunggu sesi pagi selesai..

 
Sebab dia bff dengan Auna...tak nak duduk bersama barisan kelasnya..Boleh dengan selamba duduk sebelah Auna..puas pujuk..tak nak layan..nak duduk sebelah Auna..nasib Auna tu tadika sama.tapi kelas tak sama..

Dengan selambanya..terus baring..geramm je dalam hati..saja buat perangai..

Tapi bila kuar dewan..kemain muka happy...ko ingat boleh balik..panjang lagi masanya Ayyil..hahahha


Itulah ragam dan mcm² keadaan yang dihadapi....Lepas fasa pertama...cepat masa berlalu..Tiba² rasa..mcm xpuas nak main lagi dengan diaorg...

Tapi ada je budak yang sendiri² datang...urus sendiri..perhatikan je..Tak semua orang mampu nak tunggu..nak cuti...tapi kalau mampu berdikari sendiri..mmg akak salute..


Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015