22 Mac 2018

Perkahwinan

Hari ni, tajuk hangat adalah pasangan yang baru bercerai yang sebelum ini bermadu. Hal rumahtangga kadang kita tidak tahu apa permasalahan yang terjadi antara mereka. Apehal la tiba-tiba bercerita pasal ni. Tapi sebab ini adalah berkaitan dengan perkahwinan yang mungkin kita ambil iktibar diantara kita.

Percintaan yang membawa kepada perkahwinan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Hati manusia sering diuji dengan persekitaran dan bahayanya kalau kita suka bermain perasaan terutama disaat ada masalah perhubungan.

Perempuan kalau sayang, memang memaafkan walau terluka. Hati dia masih berharap dan menaruh harapan. Walau orang luar boleh kata, lupakan dia, boleh dapat yang lebih baik, namun hati perempuan memang sukar dijangka lebih-lebih lagi melibatkan perasaan. Kasih sayang seorang perempuan memang tetap pada pilihannya. Lebih-lebih lagi kalau perempuan bergantung sepenuhnya kepada pasangan.

Kita sendiri sebagai perempuan, jangan ambil kesempatan di atas permasalahn rumahtangga orang.
Sebab diri sendiri ada pengalaman dengan satu tempat kerja dimana persekitarannya yang mana suami atau isteri orang berhubungan. . Allahuakbar, masa tu, memang setiap malam, topik masa makan malam bersama husband pasal tu je. Sebab nak mengingatkan suami juga. Kita rasa tak perlu ambil tahu la hal orang, tapi bila berlaku sebaiknya kita menjauhi persekitaran begitu.

Mulalah bercerita pasal pasangan kekurangan dimana-mana. Sempat jugalah menasihatkan kepada beberapa orang mengikut kes masing-masing. Kadang dah jadi macam pakar kaunseling. Tapi kena sentiasa mengingatkan. 

Apa pun dalam kehidupan ini, jangan salahkan takdir semata-mata. Kita sendiri harus berusaha mengelak dari terjerumus ke arah sesuatu yang boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan. Apa pun semoga ada hikmahNYA buat mereka di masa depan.




Setiap insan ada ujiannya yang tersendiri. Kita doakan yang baik-baik walaupun mungkin sukar untuk dipercayai. Kita Jaga Tuhan, In Shaa Alla DIA akan jaga kita.


21 Mac 2018

Imbas Kembali

Best bila tengok wayang orang tak ramai. Caranya, elak tengok musim cuti sekolah. Paling cantik bila movie dah lama dipanggung.Pic lama, teringat lama dah tak pergi tengok wayang.


Citer apa tak ingat, menghayati betul tayangan di skrin.

20 Mac 2018

Hargai Siapa Disisi

Last week sebenarnya dikejutkan dengan berita yang amat mengejutkan. Sebab husband berkawan baik dengan Tan. Aku pun tahu la juga sikit-sikit kisah dia. Sebab Tan pakar repair kereta Alfa Romeo. Berbelas tahun kereta husband hanya tangan dia je yang sentuh. Nak servis, mesti call dia, datang rumah dan dia datang amik kereta.

Last Januari jumpa dia. Lepas hantar kereta kat rumah, kebetulan nak ke Main Place, boleh la hantar Tan balik ke Subang Jaya. Masa tu banyak dia ceritakan. Bagaimana kehidupan dia dan yang terkejutnya katanya Ramadhan ini dia akan memeluk Islam dan now tengah mendalami Islam. Pengalaman pahit dalam kehidupannya dan apa iktibar yang dia cuba bangkit dari kehidupannya. Banyak cerita pahitnya.

Tan masih muda. Punya 3 anak perempuan yang comel dan cantik namun masing-masing punya cerita kehidupannya tersendiri. Baru bangkit dan mendaki positif dalam kehidupannya, happy dan teruja dengan kehidupan baru yang  perlahan-lahan yang dihadapinya.


Masa dapat mesej dari husband memang terkejut sangat. Seminggu kot asyik ceritakan hal dia. Sampai husband bagitau memang terkesan sangat. Sebenarnya 10 Mac dia meninggal. Tapi typing error.

Tan  pergi tiba-tiba. Bila dia pergi, kitaorg berbincang sesama sendiri. Dalam hidup ini kita tidak tahu bagaimana dan keadaan akan datang. Hidup ini singkat. Masa untuk bergaduh, masa untuk mementingkan diri,  semuanya bila kita kehilangan barulah kita merasainya.

Jika kita ada membenci, jika kita rasa kemarahan menguasai, jauhi sifat-sifat itu dan lalui hari-hari dengan penuh kasih sayang. Walau Tan mungkin dia pergi sebelum memeluk islam secara rasmi, dan ada yang tidak perlu diceritakan disini, apa yang  kita inginkan dalam kehidupan ini, merasailah dengan kemampuan kita seadanya.

Hanya Allah jua yang tahu disebalik apa yang terjadi.

19 Mac 2018

Monday Blues

Jarang minggu pertama cuti sekolah akak ni bekerja. Tapi kali ni kesibukan sikit, so cuti tu forward balik raya cuti panjang. In  shaa Allah.

Memandangkan akak bekerja harap monday blues tu takde la sangat hari ini. 
Selamat Bekerja dengan penuh semangat gittew.
Nah blanja 1 video satu.



















18 Mac 2018

Bukit Melawati

Kebetulan hari ni ada jemputan kenduri kahwin di Kuala Selangor. Jarang ke sana, so alang-alang musim cuti sekolah dan cuti kali ni tiada perancangan balik kampung atau kemana-mana, so singgah la ke Bukit Melawati.


Rasanya daya tarikan kat sini monyet. Sebab kebanyakan pengujung bermain santai dengan monyet yang super duper jinak.


Kat bawah tu ramai bermain dengan monyet yang jinak. Sedangkan kat atas ni ada Muzium. Tak ramai yang masuk.Kalau kat Bali, berbeza sangat. Monyetnya kena berhati-hati.


Tengah panas terik mentari, dengan selamba bergambar.hahhaha...harap balik tidak migrain. Esok isnin keje..bestnya cuti sekolah yang dapat bercuti. huhuhuh
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015