10 Ogos 2018

BFF

Salam Jumaat,

Teriba teringat pada kawan yang bertukar ke JPA. Betul la kata orang, perpisahan itu amat memeritkan. Bayangkan tidak mahu berjumpa last thumbprint sebab tak sanggup takut menangis. Perempuan memang ratu air mata sungguh kan. Hahahahhaha


Kalau tak bertukar jabatan mana mungkin merasai pengalaman pahit manis kan.  Buat Zarina, selamat maju jaya dan keep in touch. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang menyokong satu sama lain.

06 Julai 2018

Raya

Hahaha..citer raya di penghujung Syawal.. Nak buat macam mana.Barangkali sedih handphone pecah bahagian belakang. So nak amik pic banyak² tak jelas sangat. Kabur je.huhuhuh

Btw, tahun ni turn raya Terengganu. Dan cuti paling lama rasanya. 11 hari duk Terengganu. Sejak beli rumah kat sana, husband ajak balik sana saja. Kebetulan ayah mertua sekarang memang duk skali kat Puchong. Jadinya, husband maklum balik lama la Terengganu. Tu pun ayah mertua asyik tanya, lamanya balik. huhuhuh..Tu pun dah cut. Mujur balik terengganu 12 Jun. Ikutkan husband dah nak balik 9 hb Jun. Serba salah juga. Patut happy la kan dapat balik lama. Tapi tak sampai hati. Menantu mithali..kah..kah..kah

Kali ni balik,  dapat la 5 malam kat rumah sendiri lepas semua masing-masing ada yang dah balik KL, rumah mak dah kosong, angkut beg bermalam rumah mak pulak. Bagi-bagi pulak. Takde la berebut bilik walau ada bilik sendiri.

Dipagi raya rumah sendiri. Sendu je anak ai ni. Marah benar nak amik gambar.Adoi. Satu lagi sebab takde wifi. hahahhaaha ..tahu la hidup tanpa wifi. So inilah pic yang ada.


Raya ke-2 jemput saudara dan kawan yang mana ada beraya kat rumah. Yang lawaknya, semua orang taman ni balik Kampung. hahahhaha...Nak buat macam mana. Kiranya jaga perumahan.

Sekarang menghadiri rumah terbuka pulak. Tu pun dua rumah dah  rasa nak balik. Nak bersesak dijalan raya kadang tak sanggup. Sebab tu bila orang tanya, tak buat rumah terbuka ke, datang je. Rumah sentiasa terbuka.



29 Mei 2018

Pertukaran Nama Kereta

Salam Ramadhan,

Semalam cuti. Kebetulan bersambung hari ni. Lagipun sebab nak jual dah kereta wira. Dah 20 tahun guna, tahunan repir saja kos dah melebihi 5k, tak tahu la kenapa dan mengapa. Merajuk ke apa. Tak nak dah asyik pegi ke workshop. Last-last owner yang merajuk. Harga jual pun harga merajuk, tup tup ada buyer pulak semangat nak beli. Tak promote mana-mana pun nak jual, cuma bagitau kawan nak jual je. Dia bgtau kawannya nak. Ok la. Sabtu lepas g jugak la bengkel, repair apa yang patut, g cuci bersih-bersih.

Ingatkan proses mudah sangat. Rupanya tak. Kena pergi puspakom dulu. Mana-mana kereta nak transfer nama, walau nak bagi percuma pun, tetap kena pegi puspakom. Tapi buat je la, nak bagi runner pun ok, tapi kalau buat sendiri tak susah pun. Yang penting komunikasi tu kena faham.

Kalau nak buat tak susah pun. Mula-mula, daftar puspakom online. Pilih masa dan tarikh. Puspakom buka hari sabtu. Kalau tak nak cuti, dua minggu sebelum terus booking temujanji. Kalau nak walk in, just buang masa. Baca dulu kat sini http://www.puspakom.com.my/ . Dan kalau nak daftar boleh ke link https://www.mypuspakom.com.my/

In sha Allah, time yang kita booking tu pasti tak lari sangat. Macam akak booking jam 10 pagi, memang jam 10 masuk ke lorong pemeriksaan. Siap je pemeriksaan, kena parking kereta keluar dulu. Tunggu keputusan dalam 30 minit ke sejam. Dapat awal kira bernasib baik. Sebab kenderaan banyak.
Contohnya, macam akak pegi Puspakom Cheras, sampai je Q panjang giler. Akak g bersama suami, so suami tunggu dalam kereta jap, akak g kaunter pintu masuk tu, bagitau temujanji jam 10, sekarang dah 9.30, so pegawai bertugas disitu maklum bawa kereta ke tempat yang disediakan. Kena tanya, tak tanya nanti sia-sia.

Dah dapat keputusan dan lulus, akak terus ke JPJ bandar Sri Permaisuri. Dalam 3 km je dari puspakom cheras. Parking je payah sikit, tapi kalau lalu belakang-belakang kedai, Insha Allah ada.
Ok, jika korang tak nak claim road tax, just nak tukar nama je, boleh bagitau pada akak yang bagi nombor tu, nak buat pertukaran nama saja. Dia akan bagi borang untuk isi.  Tunggu urusan hingga selesai. Setel.

Tapi kalau nak claim road tax, kena maklum untuk claim road tax. Proses ni kena buat dulu sebelum tukar nama. Untuk claim road tax mesti ada salinan ic, salinan buku bank dan salinan resit pembayaran road tax. Tapi kalau tak nak, tak mengapa. Macam akak kalau claim dalam RM61.00. Sebab akak nak claim Insuran lagi. So, akak memang perlukan resit pembatalan Lesen Kenderaan Memandu (LKM). Tapi akak yang penatnya, bila akak bagitau nak buat pembatalan road tax, staf situ dengar akak nak buat road tax. Hasilnya. Berapa nombor akak dapat. Dah la akak menunggu mula-mula 78 orang, kemudian kena setelkan roadtax dulu, dapat no, menunggu 9 orang, kemudian kena pegi aras 1, nak dapatkan salinan-salinan pulak. Terpaksa akak g cari mana-mana kedai nak print. Bila print statement bank, ada nama Nooraihan Md Z saja. Tak keluar penuh. Tak nak terima. Staf tu tanya, akak nak claim juga ke ni? Akak cakap nak la. Kalau bayar cash tak de la renyah. Mana la tahu nak dokumen tu. 


Dah setel untuk tuntutan tu, baru la nak buat pertukaran nama. Tapi waktu rehat pulak. Terpaksa la akak Q lagi. Nak buat proses pertukaran nama tu 5 minit je. Menunggu dan menunggu sebab  akak  explain urusan apa nak buat, staf tu kena la bagitau apa yang perlu dulu step nya. Takde la sampai akak jadi penunggu di JPJ tu. 

21 Mei 2018

Perhimpunan Bulanan

Sekejap je, dah lima Ramadhan berlalu. Semalam g shopping langsir kat Nilai. Balik tu..Ya Allah, rasa nak pergi berenang kat sungai. Haahahaha..Panas menyengat sangatt..itu baru dunia..huhuhuhu

Kebetulan hari ni ada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri. Nak kena sampai awal kat pejabat sebelum 7.30 pagi. Tapi baru perasan nak kena singgah isi petrol dulu. Tup tup, semua pam penuh dengan kereta, ada 1 je kosong, tengok² Ron97. Bantai je la . Asalkan sempat sampai pejabat sebelum 7.30 pagi.


Teruja dengan perdana menteri, hanya kejauhan dapat melihat. Ni pun ehsan kawan pejabat ambilkan gambar. Apa pun semoga Malaysia berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

19 Mei 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Ranadhan,

Alhamdulillah. Lega sangat selepas selesainya PRU barulah dapat bernafas dan mengambil rehat secukupnya. Tempoh masa saat-saat kesibukan hanya Tuhan saja yang tahu. Kadang pulang jam 1 pagi, tak sempat selesai siap jam 4 pagi, dan kemuncaknya malam keputusan sehingga jam 10 pagi keesokan paginya. Jam 6 pagi dh pancit sungguh, bantai tidur bawah meja cenggitu je. Hanya beralaskan shawl.

Time tu memang tak buka wasap, kurang buka FB. Biasa la saat begitu, macam-macam la yang mendatang. Kadang siap tag nama, mohon jawapan. Dan macam biasa, diam je. Sebab akak ni neutral. Walaupun kawan, saudara menunjukkan sokongan tegar kepada parti masing-masing, akak menerima pandangan dan pendapat masing-masing dengan sebaiknya dan dengan hati yang terbuka.

Akak membuat pilihan di atas kertas undi untuk memilih siapa sebenarnya yang layak. Apa yang kita fikirkan dan selayaknya tindakan atas apa jua perkhidmatan yang diberikan, itulah kriteria kita utamakan. Hidup ini simple. Sebab kalau kita banyak pergantungan atas orang, kita memilih sebab ada kepentingan tanpa memikirkan sebenarnya dia ni salah, dia patut diperbetulkan, kita akan jadi orang yang hilang arah bila apa yang kita harapkan jadi kenyataan.

Lebih-lebih lagi berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Suara dan pandangan simpan di dalam hati. Ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Namun kita harus fikir jauh dan tidak berkepentingan terhadap diri. Keputusan pun telah ada dan terimalah dengan hati terbuka. Saat akak dikutuk dengan teruk juga, hahahhahaha.ye la..berkhidmat dengan agensi yang sememang panas sentiasa. Tapi ketahuilah, jika ada tidak faham proses dan prosedur pilihan raya, boleh tujukan kepada SPR secara terus.

Dan sempena dibulan Ramadhan ini, kita melihatlah dan pandang kepada kebaikan. Walau yang tidak memimpin lagi, kita hargai dan pandang kebaikan. Keburukannya kita tinggal. Boleh jadi ujian Allah tidak membuka hatinya dan membiarkan hatinya hanyut, jangan Allah jua hanyutkan hati kita,
Kita harus pandang, ia adalah ujian buat kita semua juga sebagai seorang rakyat.

Buatlah pilihan masing-masing. Kita check dan review apa yang ada sekarang. 5 tahun lagi kita buat pilihan kembali. Akhir kata, Salam Ramadhan buat semua. 
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015