12 September 2018

Mudahan Sampai Jua

Mulai dengan hari rabu bekerja. Serupa macam hari isnin rupanya. Bekerja 3 hari kemudian bercuti lagi 3 hari. Jangan ada semangat yang hilang. Mudah-mudahan sentiasa bersemangat kita bekerja.


11 September 2018

PRK

Minggu lepas cuti bersambung. Ramai yang plan balik kampung kan. Paling tidak pun bercuti kat mana-mana. Tapi sebab kali ni nama naik untuk bertugas di PRK Seri Setia, so plan nak bercuti tu terpaksa dibatalkan. Kalau nak sebut beza antara PRK dan PRU, masa PRK ni dapat turun bertugas dilapangan. Kalau PRU kena duk kat opis sepanjang masa, paling tidak pun kena bantu untuk Bahagian Operasi Pilihan Raya dan Pendaftaran.

Walau rumah hanya 12 KM dari hotel, tapi tetap kena stay kat hotel. Pergerakan semua memang kena on time. Menggunakan kenderaan rasmi. Nak tak nak memang kena ikut masa dan jadual yang ditetapkan.


Sayup kondo di atas bukit sana, dekat je dengan rumah.


Sebab pagi dan petang akan bertugas. Tak payah nak make up bagai sangat la. Guna foundation Dvanda je la. Tak payah bedak bagai. Ingat banyak masa nak tengok muka make up ke tak. Yang penting Dvanda ni tak bercapuk dan melekit. Dah syukur sangat mudah keje nak bekerja. Kang kalau takde protection apa-apa, kering semacam muka mula naik jeragat, susah hati jugak. hahhahahha



Pagi terus ke Dewan MBPJ untuk semakan peti undi. Jumpa dengan Yan bahagian Komunikasi Korporat. Orang kuat bersama media ni. Bos kat belakang. Pegawai Bertanggungjawab. Dah setel set up peti undi, selepas solat Jumaat terus ke Politeknik Shah Alam.

Jem gilerrr nak menuju kat sana. Huhuhuhuhu. Balik tu lagi la. Kematu mengadap jem kat sana bila nak patah balik ke PJ. Sebab jem sangat, balik tu singgah dulu la dinner kat area sana. Terjumpa pulak nama sama. huhuhuhu. Sebab lapar, belasah je makan.


Ni muka penat giler dah ni. Sebab sebelum tu, jam 8 malam sehingga 12-30 pagi dengar taklimat. Pagi-pagi dah bersambung lagi.

Esok pagi lagi, jam 6 pagi dah nak kena bergerak ke Shah Alam.


Pagi sabtu terus bertugas di Politeknik Shah Alam. Nak tunggu jam 8 - 5.30 petang dan seterusnya selesai sehingga keputusan bagaikan  penantian yang sungguh menyeksakan. Tuhan sajalah yang tahu.

Apapun tahniah kepada pemenang. Yang kalah jangan la rasa sedih, berkhidmat untuk rakyat bukan saat menang saja, kalau kalah pun still tetap boleh menyumbang. Rakyat menilai bukan untuk pilihan raya saja, tapi juga yang akan datang. Di doakan buat semua YB juga semoga  sihat sentiasa. Kalau ada next PRK, mmmmm wallahualam. "Saya yang menjalankan amanah".

18 Ogos 2018

Pulang

Semalam, habis waktu pejabat jam 5.40 pm pergi tengok wayang dengan geng opis. Penat sangat selagi PRK tidak habis-habis. Doakan semoga semua YB kat Malaysia sihat-sihat belaka. So, plan nya nak pergi tengok movie Pulang. Mulanya macam ok tak cerita ni. Tapi memandangkan ia dari kisah benar, pasti sesuatu yang menarik disebaliknya.

So pergi la ke Alamanda. Rasanya orang pun kurang sebab dah start cuti sekolah berserta raya haji, pasti ramai balik kampung. Sekali boleh tahan penuh juga panggung. Kat panggung je la. Kat area shopping mall alamanda takde la sesak sangat. Parking pun mudah.

Cerita tu sedih juga ending nya. Tapi pengajaran banyak betul dalam movie ni. Terutama buat pasangan suami dan isteri. Mencari kebahagiaan dan kekayaan demi masa depan yang baik, namun tidak bermakna juga jika selalu berperang dengan perasaan rindu dan tidak berkomunikasi dengan sebaiknya.

Senua orang mahukan yang terbaik dan berikan terbaik namun kerana ada sedikit ego ada pihak lain yang menderita, sebenarnya dua-duanya menderita. Bermain dengan perasaan. Tak sangka ramai menangis dalam panggung. Termasuk la yang menulis ni. Dah balik tengok wayang, asyik cakap kat husband " Raihan tak boleh terima keadaan dalam cerita pulang". Dah satu hal pulak laki kena dengar motivasi dari bini. hahahhahahaha

Kalau nak tengok movie ni, kalau bersama pasangan lebih  memahami. Kalau bawa budak maybe penyampaian tu tak sampai. Tak leh fokus apa yang nak disampaikan.

10 Ogos 2018

BFF

Salam Jumaat,

Teriba teringat pada kawan yang bertukar ke JPA. Betul la kata orang, perpisahan itu amat memeritkan. Bayangkan tidak mahu berjumpa last thumbprint sebab tak sanggup takut menangis. Perempuan memang ratu air mata sungguh kan. Hahahahhaha


Kalau tak bertukar jabatan mana mungkin merasai pengalaman pahit manis kan.  Buat Zarina, selamat maju jaya dan keep in touch. Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang menyokong satu sama lain.

06 Julai 2018

Raya

Hahaha..citer raya di penghujung Syawal.. Nak buat macam mana.Barangkali sedih handphone pecah bahagian belakang. So nak amik pic banyak² tak jelas sangat. Kabur je.huhuhuh

Btw, tahun ni turn raya Terengganu. Dan cuti paling lama rasanya. 11 hari duk Terengganu. Sejak beli rumah kat sana, husband ajak balik sana saja. Kebetulan ayah mertua sekarang memang duk skali kat Puchong. Jadinya, husband maklum balik lama la Terengganu. Tu pun ayah mertua asyik tanya, lamanya balik. huhuhuh..Tu pun dah cut. Mujur balik terengganu 12 Jun. Ikutkan husband dah nak balik 9 hb Jun. Serba salah juga. Patut happy la kan dapat balik lama. Tapi tak sampai hati. Menantu mithali..kah..kah..kah

Kali ni balik,  dapat la 5 malam kat rumah sendiri lepas semua masing-masing ada yang dah balik KL, rumah mak dah kosong, angkut beg bermalam rumah mak pulak. Bagi-bagi pulak. Takde la berebut bilik walau ada bilik sendiri.

Dipagi raya rumah sendiri. Sendu je anak ai ni. Marah benar nak amik gambar.Adoi. Satu lagi sebab takde wifi. hahahhaaha ..tahu la hidup tanpa wifi. So inilah pic yang ada.


Raya ke-2 jemput saudara dan kawan yang mana ada beraya kat rumah. Yang lawaknya, semua orang taman ni balik Kampung. hahahhaha...Nak buat macam mana. Kiranya jaga perumahan.

Sekarang menghadiri rumah terbuka pulak. Tu pun dua rumah dah  rasa nak balik. Nak bersesak dijalan raya kadang tak sanggup. Sebab tu bila orang tanya, tak buat rumah terbuka ke, datang je. Rumah sentiasa terbuka.



Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015