24 September 2017

Ibu Bapa / Mertua

Bila sebut soal orang tua, di saat usia meningkat mcm-mcm ragam yang tak terduga.Kadang sekecil-kecil perkara pun nampak besar...Asbabnya kerana bila ibu bapa kita meningkat usia, sensitifnya mereka yang tak terjangka oleh kita. Betapa syukurnya kita masih punya ibu bapa..Begitu jua dengan mertua.

Ada yang rapat dan juga biasa-biasa.  Ada juga yg ada jurang antara menantu dan mertua. Tapi harus diingat, mertua juga ibarat umpama ibu bapa kita. Sebagaimana kita sayang kepada kedua orang tua kita, begitulah kita kena menyayangi mertua kita. Sebagaimana kita terluka atau disakiti sekalipun, kita harus menghormatinya.

Tidak semua orang mampu menghadapinya, malah ada anak-anak yang memilih untuk menjauhi dan memilih untuk menjaga hati suami/isteri sendiri.
Susah dan sukar nak terjemahkan bagaimana situasi seseorang itu dalam menghadapi keadaan yang hatinya terluka atau disakiti.

Tapi dalam kehidupan ini, kebahagiaan hati orang tua itu tetap juga harus diutamakan..Mencari keserasian dan keselesaan dalam perhubungan harus dipupuk sentiasa. Berdoalah agar hati mereka yang keras dilembutkan.

Kita tidak boleh mengubah orang lain mengikut kehendak dan keinginan kita. Namun kita boleh mengubah diri kita mengikut persekitaran semasa. Banyak perkongsian daripada yang terdekat mengenai perhubungan bersama orang tua dan mertua masing-masing. Tapi jangan biarkan perhubungan terus hambar dan lesu.

Percayalah, hati mereka sebenarnya nak dimanja dan dibelai, namun masing-masing ada egonya tersendiri. Carilah titik persamaan yang boleh dicapai dan percayalah, jika boleh mencari keserasian itu, pastinya kita adalah insan yang paling bersyukur mempunyai mereka sebenarnya, berbanding orang lain yang telah kehilangan orang tua/mertua mereka.

2 ulasan:

AisNy berkata...

Yes... Setuju dengan awak... Sayangi lah ayah dan ibu kita... tak kisah la, mereka mertua atau ayah/ibu angkat... banyak jasa mereka pada... perlu ingat, kita pun ada anak-anak... mereka melihat apa yang kita buat pada ayah dan ibu kita...

Kalau kita hendak anak-anak kita sayangi kita... kita perlu buat perkara yang sama juga pada ayah dan ibu kita...

norhidana berkata...

betul tu kak... mak abah kandung ngn mak abah mertua sama je, ttp mak abah kita jgk

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015