18 Ogos 2018

Pulang

Semalam, habis waktu pejabat jam 5.40 pm pergi tengok wayang dengan geng opis. Penat sangat selagi PRK tidak habis-habis. Doakan semoga semua YB kat Malaysia sihat-sihat belaka. So, plan nya nak pergi tengok movie Pulang. Mulanya macam ok tak cerita ni. Tapi memandangkan ia dari kisah benar, pasti sesuatu yang menarik disebaliknya.

So pergi la ke Alamanda. Rasanya orang pun kurang sebab dah start cuti sekolah berserta raya haji, pasti ramai balik kampung. Sekali boleh tahan penuh juga panggung. Kat panggung je la. Kat area shopping mall alamanda takde la sesak sangat. Parking pun mudah.

Cerita tu sedih juga ending nya. Tapi pengajaran banyak betul dalam movie ni. Terutama buat pasangan suami dan isteri. Mencari kebahagiaan dan kekayaan demi masa depan yang baik, namun tidak bermakna juga jika selalu berperang dengan perasaan rindu dan tidak berkomunikasi dengan sebaiknya.

Senua orang mahukan yang terbaik dan berikan terbaik namun kerana ada sedikit ego ada pihak lain yang menderita, sebenarnya dua-duanya menderita. Bermain dengan perasaan. Tak sangka ramai menangis dalam panggung. Termasuk la yang menulis ni. Dah balik tengok wayang, asyik cakap kat husband " Raihan tak boleh terima keadaan dalam cerita pulang". Dah satu hal pulak laki kena dengar motivasi dari bini. hahahhahahaha

Kalau nak tengok movie ni, kalau bersama pasangan lebih  memahami. Kalau bawa budak maybe penyampaian tu tak sampai. Tak leh fokus apa yang nak disampaikan.

2 ulasan:

AisNy berkata...

Last teman menonton wayang hari tu cerita hantu kak limah... memang kelakar gila.... 😆😆😂😂😂😂
Ada pelan jugak nak menonton cerita Pulang nie... mungkin lepas nie kot...

mrhanafi berkata...

saya belum sempat lagi nak tengok wayang...

jika nak tengok pun mungkin show tengah malam jelah..

ada kerja sepanjang masa setiap hari

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015