Salam..
Semalam aku pegi jumpa bff lama...xplan pun....tertiba jadi jumpa...dah suratan atau satu kebetulan....tapi banyak la sembang...lunch sama²....dan satu cerita menarik di mata aku....kisah isteri..banyak keluar belanja rumah dari suami.....banyak kategori sebenarnya kisah suami dan isteri dalam rumahtangga ni...ikut pengalaman sahabat² yg. aku kenali..pelbagai 1001 cerita.....
Apa pun..kdg²..inilah kehidupan...kita sebagai perempuan sebaiknya berdikari...dalam kategori mana pun...hidup ni..rezeki Allah yg. tentukan..kita kena berusaha jika kita hendak lebih..satu kepuasan bila segala yg. kita hendak hasil titik peluh kita..kalau kita nak hidup senang dengan mengharapkan pasangan kita pun xboleh juga...yg. penting kita bertolak ansur..
Kesemua kategori yg. di bawah semua telah aku jumpa dikalangan teman² ku...aku bangga ada yg. xmerungut malah berusaha sama membantu kewangan keluarga.....Tapi aku kesian pada Jenis G kategori kedua....kdg² aku pun menangis sama...sebab dulu masa dia bujang...duit banyak simpan..harta..rumah pun dah beli... masa mula² kahwin xnampak warna...dah ada anak..baru tunjuk warna sebenar..habis duit simpanan..brg kemas..harta...xpe...Allah tu Maha Adil..Aku tetap doakan dia....
Ni pandangan dan pendapat aku ....setiap org ada pendapat masing²..terpulanglah...yg. penting masing² bahagia..
Ok..aku tinggalkan dengan summary seperti di bawah:
Ok..aku tinggalkan dengan summary seperti di bawah:
JENIS
|
KATEGORI
|
Suami bekerja, isteri bekerja
A
|
Pendapatan
dibahagikan untuk keluarga sama rata. Tapi nafkah kepada isteri tetap
diberikan secara berasingan.
Suami bayar
kereta, rumah dan urusan pengasuh/taska/tadika/duit belanja anak²
Isteri beli
barangan barang² dapur, bayar bil² dan simpanan/insuran atau yg. mana
berkaitan
|
Suami bekerja, isteri tidak bekerja
B
|
Suami
memberikan sepenuhnya urusan kewangan keluarga kepada isteri. Di mana, suami
dapat gaji, isteri yg. diberi kuasa veto untuk menguruskan pembayaran rumah,
kereta, bil², duit belanja dan semuanya.
|
Suami bekerja, isteri bekerja
C
|
Suami beri
nafkah bulanan kepada isteri. Namun isteri kena berkongsi dalam pembayaran
urusan kereta,rumah, pengasuh/taska/tadika/duit belanja anak², beli belanja
dapur semua…Dalam erti kata lain…nafkah suami dibelanjakan semula untuk
membantu suami dalam urusan perbelanjaan rumah tangga
|
Suami bekerja, isteri tidak bekerja
D
|
Suami beri nafkah pada isteri.
Urusan perbelanjaan diurus sepenuhnya oleh suami
|
Suami bekerja, isteri bekerja
E
|
Suami bagi
nafkah sepenuhnya pada isteri. Perbelanjaan dapur dan urusan belanja lain²
ditanggung oleh suami. Dalam erti kata duit gaji isteri sepenuhnya dipegang
dan digunakan oleh isteri.
|
Suami bekerja, isteri tidak bekerja
F
|
Suami tidak mampu menanggung
sepenuhnya, di mana isteri kena berusaha menampung perbelanjaan keluarga.
Dalam erti kata sebagai surirumah, menjadi pengasuh , membuat kuih dan
sebagainya.
|
Suami tidak bekerja, isteri bekerja
G
|
Yang ini mmg special dan ada 2
kategori. Kategori yg. pertama jika
suami tidak bekerja tapi isteri yg. bekerja, sebab suami sudah ada pendapatan
lain yg. mampu menyara keluarganya. Suami menguruskan rumahtangga dan isteri
membantu.
Kategori kedua, suami malas
langsung bekerja dan mengharapkan sepenuhnya pada isteri
|
1 ulasan:
Ingatkan entry pasal pembayaran cukai pendapatan...😂😂😂
Tak kisah la kalau suami isteri tu berkerja atau tidak... yang penting tau tanggungjawab masing-masing... suami pulak, perlu diingat bahawa tanggungjawab suami pada keluarga... apa yang di usaha kan oleh isteri adalah haram hukumnya suami ambil tanpa izin dan keredhaan isteri....
Catat Ulasan