30 April 2015

Al Fatihah

Salam...
Sebelum nak menulis di ruang ini..hati aku amat sebak dan sedih sekali...entah mcm mana nak menulis...
Semalam...adalah pemergian buat selama-lamanya bos aku..yg ada aku ceritakan pada 7 April lalu disini..
Atas tugas rasmi pulang ke Ibu Pejabat, beliau kemalangan dan meninggalkan isteri , anak, keluarga tersayang dan sahabat² seperjuangan.

Sukar untuk menerima hakikat ini..kerana hari ini juga 30 April..adalah hari penghantaran laporan analisis data untuk diserahkan oleh team kami...Berita kisahnya di sini..

Aku terbaca dalam fb...status pelbagai ..tapi aku sebagai staffnya dan yang pernah bekerja dengannya lebih mengenali dan tahu sisi sebenar arwah....kebaikan arwah tidak perlu diceritakan.

Aku tidak sangka....bila dikenangkan...rupanya mmg ada tanda beliau akan meninggalkan kami...Jumaat 24 April....mmg kami bersembang....dia ada menyebut..mati itu di mana² boleh berlaku jika sampai masanya...

Buat Puan Hawa isterinya yang berkhidmat di ICU, JPM...semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..Beliau mengandung kini dan terpaksa melalui saat ini adalah satu perasaan yang sukar untuk diperkatakan...

Ya Allah Kau tempatkan lah beliau di sisi orang beriman...Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015