20 Ogos 2013

Perasaan

Salam..dah petang baru update...tetibaaaa jer...saja nak meluahkan perasaan....kadang org yg.mengalaminya..boleh menyelaminya dan merasai perasaan itu..

Dulu² berdasarkan pengalaman aku....dalam kita berkawan ni....mcm² ragam dan perangainya..kita akan ada perasaan suka org tu...xsuka dengan org tu..menyampah...dan mcm² lagi...dulu..aku pernah berkawan dengan hamba Allah ini...dan aku amat berterima kasih kepadanya...walaupun dia mungkin cintakan aku dulu dan kemudian bencikan aku sewaktu dulu...tp aku banyak berubah kerananya...banyak yg.aku pelajari daripadanya..

Kdg² kita mahukan kesempurnaan org...tetapi kita tidak menilai diri kita...sehinggakan kawan baik aku Kak Ros..pernah beritahu aku "Raihan...jika org yg. ada mak dan ayah yg. bahagia...hati dan perasaannya adalah tidak sama dengan kami yg. mak dan ayah bercerai..perlakuan kami kadang lain dari yg. lain...aku pun xtahu dan tidak boleh menilai..kerana pengalaman org adalah berbeza...setiap org belajar dari pengalaman..

Kerana salah faham...dan lain yg. dianggap..lain yg. dimaksudkan..jadi lain....tetapi aku tetap berpuas hati..walau nampak bodoh pada masa itu..dari KL-JB semata aku nak berjumpa dan terangkan perkara sebenarnya...tp biarlah ...ada hikmahNYA....sebab itulah aku cuba mengelakkan sekiranya dari membincangkan isu² yg. sensitif dan boleh menyebabkan jadi pergaduhan melalui emel...sms..tel..(dulu² surat....) skrg mcm² saluran...tp itulah aku cuba elakkan...walaupun ketika hati aku sedang marah....aku akan berdiam diri..sehingga tenang barulah aku memikirkan kembali....

Kdg org tanya aku..kenapa sentiasa positif....walau sehebat mana pun dugaan..sebab pengalaman lah banyak mengajar aku....habis² jika org bertanya...aku akan bgtau..Hanya Allah sajalah tahu apa terbaik dan HikmahNya untuk hambaNya ini..walau seburuk mana pun org itu...kebaikan dialah yg aku nampak...dan keburukan dia aku lepaskan...

Manusia mana ada yg. sempurna...aku cuba menyelami perasaan seorg kawan...kdg aku belajar psikologi perasaannya...Walaupun apa pandangan org..setiap org ada keistimewaannya...kalau gaduh²..kita akan datang aura negatif..kemudian kita menyakitkan hati kita dengan perasaan marah...cuma satu sajalah....kita berani atau tidak berterus terang dengannya..yg kita kecil hati dengannya....terasa dengannya....atau membiarkan saja perasaan itu...kdg kita juga sukar jujur dengan diri sendiri...kita biarkan saja..samada demi menjaga hati dia...ataupun tidak akan ambil peduli lagi..tp nampak ok..

Aku bersyukur...sebab teman² dan kawan² serta family semuanya baik dan alhamdulillah..mereka banyak menolong di saat aku susah dan senang..kdg menolong bukan lah dari segi wang ringgit...tetapi memberi nasihat..dorongan...untuk kebaikan diri ini ...

Terima kasih......

Tiada ulasan:

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015