31 Julai 2013

Perihal Raya

Wahhh.. dah xlama nak raya..sekejap je masa berlalu.....so...ada yg. dah start mula kemas barang² yg nak bawak balik kg....perasaan tu happy semacam..ada yg keje sampai esok je...bestnyaaa....jumaat dah ada di kampung..

Kalau yg. bujang tu..time raya..balik la bercuti lama² di kampung...sebab kalau dah kahwin ...kalau satu kampung or satu negeri..ok la lagi..tp kalau yg jauh..sorang utara..sorang selatan...nak kena bahagi² giliran..terasa sangat...di pagi raya...walaupun nampak happy bersama keluarga..tp mak dan ayah tetap juga diingati..dekat² nak raya ni makin terasa sekali...

Bagi yang memandu...hati² la di jalan raya..pastikan jarak kenderaan selamat...bersabar la sekiranya dalam mengharungi kesesakan jalan raya..yer la...semua org xsabar nak balik kampung kan...ada yg potong Q...nak keluar masuk simpang pun...hati²..dan yg. utama pastikan kereta di servis dengan sebaiknya..

Raya tahun ni..raya pertama..aku akan berada di Negeri Sembilan, ziarah kubur arwah mama mertua dahulu dan melawat saudara mara sebelah husband di Negeri Sembilan, raya kedua bertolak ke Kelantan..singgah di Dungun melawat mak dan ayah dulu...Raya ketiga beraya di Kelantan..sebab kakak ipar semua berkumpul di Kelantan.sedara mara ramai org Kelantan..arwah mama pun asal Kelantan..Raya keempat barulah balik ke Dungun beraya sebelah family aku...13hb balik semula Puchong..

Raya ketiga ada reunion member² sekolah...ramai kawan² berkumpul....xdapat berjumpa tahun ni..InsyaAllah panjang umur..kita jumpa lagi..

24 Julai 2013

Pendapat & Pilihan

Kita semua mempunyai pendapat & pilihan masing²...semuanya berbeza² dan ada yg sama ..jika yang sama...nak berkongsi tu baru seronok kan...berbual dan berhujah xsedar pun masa berlalu..maklum la pendapat sama ataupun pilihan sama..

Tapi kalau kita bertemu dengan orang yg pendapat & pilihan yg berbeza...mcm mana tu? xkan kita nak hentam org tu...oooo tidakkk..pendapat saya lagi bagus...pilihan saya lagi baik.....gituuu?? kita suka kan mengusik perasaan org bila lama² dia jadi semakin marah sebab kita xdapat mengawal percakapan kita..dengan kata² yg keluar dari mulut kita membuatkan dia geram..sakit hati..xpuas hati..kenapa?

Kita nak org hormatkan kita..tp kita sendiri xhormatkan org...tutur kata kita nampak biasa..tp dihatinya...terguris tanpa sedar...kawan...ye mmg btul...jika dia kawan baik..dah biasa bertepuk tampar...tp...manusia tu punya hati dan perasaan...xmengapa la jika dia sukakan warna hijau pun...kita suka warna biru...kan..warna jeee pun....kita hormat je la..dia suka brg pasar malam...kita suka brg parkson...xpe la ...kita xtahu...dia suka beli brg pasar malam sebab dia suka menyimpan duit...kita yg suka beli brg ..Parkson..guris kad kredit...

Bg aku senang jer...org yg bercakap saja² nak menyakitkan hati ni....diamm diri adalah lebih baik...yer..diamkan saja...biarkan org nak kata apa saja..bila penat dia diam la berbicara..puas hati ke xpuas hati..yg penting kita dah membantu dia dari melakukan dosa free² mengutuk dia....takut²...kan kita xmemaafkan dia...sampai sudah..

Jadi hormatlah pendapat & pilihan org lain...kdg pendapat org tu lebihhh baikk pun dari kita...

22 Julai 2013

Ramadhan : Beberapa Pesanan Rasullah SAW

Salam....berkongsi ilmu daripada hasil nukilan HARDAHCS...


semoga kita dapat manfaat darinya..InsyaAllah..

Isnin Datang Lagi :)

Salam Isnin...sekejap jer weekend 2 hari...Isnin datang lagi...biasanya org cakap bila tiba hari Isnin ialah 'monday blues' . Nak ambil mood tu payah skit...bagi yg nak ke sekolah, ataupun yg dah bekerja...lemah gemalai jer...boleh pulak weekend lepas, sudah sahur, mataku sangat tidak mengantuk..boleh segar sesegarnya..padahal malam tu tido jam 12.30 pagi...dan bangun sahur jam 5 pagi...aishh....xmengantuk...tgh hari la baru datang mengantuk tu dan baring sekejap.tapi pagi ni.....sementara nak menunggu solat..tersengguk-senguk ...padahal malam tadi tido awal...11 mlm..dalam kepala.....ohhh...Isnin dah...kena g opis today..

so...teringat semula ceramah yang diberikan oleh I.M.A. (Imam Muda Asyraf).dan dan terus teringat....yer la..nk motivate diri ni skit....biar bersemangat sikit...hehehehe...ok nak cerita yg dimaklumkan oleh I.M.A..
kalau negara barat, kedatangan hari isnin mmg penuh semangat ditunggu...bagi budak² sekolah.bagi yang bekerja xtahu la pulak..tp boleh juga dipraktikkan kot...dalam hati 'ooo barat ni pandai..berbeza dengan kita, tp ada kebenaran juga'. sebabnya, sistem bagi sekolah di barat, setiap isnin pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada hari tersebut..tiada stress..Permulaan hari pertama untuk ke sekolah dimulakan dengan pelbagai acara antara guru dan murid..xtahu la acara apa kan...tp untuk menarik minat pelajar utk ke sekolah..jika Isnin dah berlalu dengan baik dan gembira, maka hari² seterusnya tiada lagi dilalui dengan mengira untuk tiba hari weekend..

jika di Malaysia, sistem sudah tentu la lain...kita kena berhimpun, kena jumpa guru la..kadang ada pelajar yang buat salah dimalukan dalam perhimpunan...mungkin dulu yer...tp kini kena ubah cara supaya lebih menarik...bukan la kata nak contoh barat sepenuhnya...tp kalau benda itu baik, kenapa kita tidak mahu mengiyakan..yg baik kita ambil..yg buruk kita tinggalkan..kalau barat ada American Idol..see..Malaysia pun boleh ikut pulak kan....mcm² rancangan sama mcm barat..tu konteks hiburan dalam tu unsur perniagaan.. ...tp kenapa kita kalau ke arah kebaikan dari sudut lain kita xmahu ikut..kerrr dah ikut skrg???mana la tahu ketinggalan....hihih..kalau yer....alhamdulillah..sure budak² skrg happy nak ke sekolah setiap Isnin.

bagi yang bekerja pulak, mungkin Isnin adalah hari bos bertemu semua staff unit kendaliannya...berborak santai sambil breakfast di pejabat...bos belanja la karipap ke...kuih-muih ke...bercerita tentang kerja...apa masalah...mcm mana nak capai KPI....sambil² bincang minum kopi ke teh...kalau bos yg ada Elaun Keraian tu..apa salahnya kan...staff xberharap pun...tp tu caranya kita menghargai..kadang kita lupa....kita bagi arahan dan arahan....nak laporan on time...nak maklumat segera...kadang staff bawah kita banyak yg tlg kita buat keje dari kita sebenarnya..kalau x pun....staff bawah kita banyak membantu kita...sebab kita kena ingat..pangkat ni bukan untuk kita bermegah²..nak marah staff bawah sesuka hati..nak membuli....tp itu adalah Amanah sebenarnya....berat dan besar tanggungjawab..sbb dengan gaji yang kita terima tu..berbaloi x dengan apa yg kita berikan kepada jabatan...kdg nak tengking dan marah² x agak²....satu bahagian dengar jeritan bos kepada staff yg dimarahinya...dah malu dan aib hamba Allah itu...

mcm aku ni la....staff berapa kerat sangat bahagian ni..but alhamdulillah,,,kitaorg punya perancangan kalahkan orang yg punya 50 org....hahhaha....nak buat itu..nak buat ini..harap² terbuat la...InsyaAllah..diaorg good team work..syukur alhamdulillah dari jabatan dulu..sampai jabatan skrg pun....semua good team work..

20 Julai 2013

I.M.A (Ramadhan Madrasah Transformasi Diri)

Alhamdulillah...semlm 10 Ramadhan, opis ku ada mengadakan ceramah dengan menjemput Imam Muda Asyraf (I.M.A) yang bertajuk Ramadhan Madrasah Transformasi Diri..siapa sangka, baru berusia 29 tahun dapat menarik minat dan menyampaikan dakwah dengan begitu baik....bukanlah aku bgtau yg tua (* tukar ayat dewasa sedap skit) tidak menyampaikan dengan baik...tetapi cara penyampaiannya dan bagi aku dia mmg dianugerahkan oleh Allah berbakat dalam menyampaikan ilmu..

Berdasarkan kepada apa yg disampaikan oleh nya yg sempat aku catatkan ialah :
  • Allah jika ingin memberi Taufik kepada hambaNya - sebagai contoh, jika kita berniat untuk melakukan kejahatan dalam sesuatu perkara dalam konteks sebagai pekerja opis, bos outstation, so jumaat kan lunch panjang, so kita plan dan target jam 11.00 pagi nak g shopping Alamanda, keluar awal sejam, tetapi tiba² bos kita balik ke pejabat jam 10.30 pagi dan membatalkan niat kita untuk keluar awal disebabkan bos masuk semula, itu tandanya Allah tidak mahu melakukan kejahatan tersebut. Allah memberi Taufik kepada kita supaya kita tidak melakukan perkara tersebut.Dan begitulah sebaliknya.
  • Sekiranya kita membenci bos kita, duduk pun tersorok dari pandangan mata bos dan selalu lesap, tetiba bos arahkan kita duduk berhampiran dengan pintu biliknya, itu pun salah satu tanda Allah inginkan kita melakukan kebaikan menjalankan kerja dengan penuh amanah supaya tidak selalu lesap.
  • Allah juga amat suka sekiranya sentiasa kita memohon dan meminta kepadaNya.Biasanya kita sebagai manusia alpa, berdoa diwaktu susah sahaja tapi diwaktu senang kita melupakanNya,dan Allah datangkan musibah kepada kita sebagai tanda Kasih dan SayangNya supaya kita sentiasa mohon dan meminta kepadaNya .
  • Ok....ayattt nii mmg bukan untuk pujian, tetapi khas untuk para suami, betapa hebatnya seorang isteri kerana mampu menguruskan segala kelengkapan di bulan Ramadhan. Contohnya masak selepas bersesak dalam jem dengan kepenatan baru pulang bekerja, bangun awal untuk masak sahur bagi suami dan anak²..Jadi hargailah isteri dan pengorbanannya..biarpun ada yang tidak bekerja, tetapi menguruskan rumahtangga itu pun membuktikan kehebatan seorang isteri..
  • Bulan Ramadhan juga,  umat islam menjaga tutur kata dan lidah.. sekiranya bukan bulan Ramadhan, bermulut puaka, tetapi alhamdulillah dengan kedatangan Ramadhan masing² menjaganya.
  • Bulan Ramadhan juga diturunkan Kitab Al-Quran..dan penceritaannya di dalam Surah Al- Baqarah. Sungguh indah sususan ayat tersebut. Yg ni boleh tgk Tafsir dan semlm mmg I.M.A ada membuat penghuraian setiap ayat.
  • Keinginan manusia bermcm²..kdg Allah x makbulkan sebab Allah ingin berikan kepada kita di alam syurga. sebab itulah kita hendaklah berbuat baik. Kadang kita minta 10 daripada Allah, tetapi Allah makbulkan 6 sahaja...
  • Allah tutup keaiban manusia dan tidak ada yang tahu. Kita pun kena tutup keaiaban diri kita, suami/isteri kita.Kisah ini berlaku semasa di zaman Nabi Musa di mana, umat Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan..Tetapi Allah tidak makbulkan. Oleh yg demikian, Nabi Musa bertemu dengan Allah dan bertanya,Ya! Allah, kenapa Engkau tidak makbulkan segala doa dan permintaan kami. Allah tidak makbulkannya disebabkan oleh salah satu umatnya yang selama 40 tahun tidak bertaubat kepadaNya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan makbulkan doa umat Nabi Musa untuk diturunkan hujan. Maka Nabi Musa pun memanggil sekalian umatnya memberitahu, sekiranya salah seorang dari kamu yang berdosa itu bertaubat kepada Allah kerana telah melakukan dosa selama 40 tahun, maka Allah akan makbulkan doa umatku. Selepas salah seoarang umat Nabi Musa yang berdosa itu bertaubat, barulah Allah turunkan hujan dan makbulkan doa. Nabi Musa ingin tahu siapakan dia, tetapi Allah tidak memberitahu kepada Nabi Musa dan menutup keaiban diri hamba yang berdosa itu, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu. Begitulah dengan kita, harus menutup keaiban kita, suami/isteri kita dan juga orang lain. Mohon ampunlah  kepada Allah kerana  Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dan banyak lagi sebenarnya, tetapi nota tertinggal di opis. Ini sajalah perkongsian yang xseberapa yang ingin disampaikan walaupun sepatah ayat...Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah kelemahan saya sebagai hambaNya.


Nak juga bergambar...

Haruslah ada sekeping gambar kenang -kenangan...hehhehhe

17 Julai 2013

Kisahnya Bermula Dengan Pergola Style

Salam...dah rabu dah hari ni..cepat jerr...lagi dua hari my special friend nak bertugas di Putrajaya..lepas ni transfer to Sepang..dekat sikit dengan rumahnya...happy kemainnnn dia...ye dok NB...tahniah..tahniah..hadiah berganda...rezeki di bulan Ramadhan..sekejap jer la kita berkenalan...tapi friendship forever kan kan kan....

Btw ..aku dulu² mmg suka menulis...dulu ada subjek sastera kat sekolah..xtahu sekarang ni mcm mana kaedahnya...so...aku suka jer..baca blog orang...suka duka..kongsi cerita..ilmu..maklumat...tp aku xterfikir pun nak create..sebabnya aku kekangan masa..baca ada pulak....hahahha...aku minat tengok orang yang ada semangat nak berjaya..berusaha...sabar menempuh dugaan....akhirnyaaa berjaya....jadi mcm sumber inspirasi la.....muda² ada yag berjaya....yg ambil langkah berhenti kerja...berusaha sendiri...bagi aku..orang semangat seperti ini memanggg harusss di pujiii.....yang bermula dari bawah pulak..dan akhirnya setangga demi setangga perubahan kearah kejayaan..kegagalan bukan penamat bagi mereka...kdg rasa nak jumpa je....nak bagitau..oooohhhh.....mmg dirimuuuu mmgg sumberrr inspirasi....tapi ada kerrr nak jumpa aku....hahahhahah...sebab tu aku xsebut sapaa....takutt tumpangg glamerr...dalam hatiii dah...dan mendoakan semoga nanti mereka² terus maju dan berjayaaa....

Asalnya dulu....blogg ni pun bermula sebab nak iklankan pasal pergola....my SIL aku mmg call aku suh aku fikirkan cara terbaikkk..sebab dia buat ni dulu secara sambilan...but now dah full time..coz asbennya berhenti keje ...berhenti pun sebab company tmpt keje tu bungkussss.....sooo....dengan cabaran yang mendatangkan baik tumpukan kepada kepakaran dan kemahiran yg ada..

so..ni adalah contoh beberapa hasil kerja....mmg harga berpatutan sangat²....mmg bajet² betul....

Tempat ni boleh jadikan tempat bersantai petang²..or nak jadikan rumah tanaman orkid pun boleh...gantung² pokok
see....
pondok bersantaii...

cuci mata  lagi..

ni...mmg aku suka..

ni lagi...

nampak klasikk


 so..apa lagiii...skrg ni dah create page kat FB Pergola Style....bolehlah like page tu..dan if nak contact...boleh contact Kuni direct pun boleh.....or nak email aku pun boleh...oh..ya...email aku norey79 tu...dah kena blocked....sampai sudah xboleh buka...benciiii...coz xingat secret question punya jawapan...dan email alternatif yang dihantar pulak email opis lama aku...adussss...rupanya penting juga secondary email ni...aku igt malas la...rupanya² aku bertukar opis...demmmmm....sampai sudah aku xdapat jawapannya....aku emailkan pada yahoo....aku g kursus hari tu mana sempat nak bukak email baru aku..tup² xdapat jawapan dalam 72 jam..yahoo hantar jawapan..consider dah solved problem aku..

so email aku sekarang nooraihan.mdzain@gmail.com ...dan kalau nak murah lagi,...bgtau Kak Kuni..saya dapat info dari raihan...minta harga diskaun...ok...tu jer untuk hari ni....bos dah masuk...sambung keje pulak...


16 Julai 2013

Masa

Salam Selasa....wahhh..pantas masa berlalu...hari ni dah 7 Ramadhan...alhamdulillah..setakat ni mcm xterasa je berada dalam berpuasa..sbb cuaca pun xde la panas sangat...kadang² hujan membasahi bumi...sepoi² angin menggigit menyapa badan..Rahmat bulan Ramadhan..

Setiap kali Ramadhan, mmg lepas sahur je...xboleh nak tido..kalau tido je....setakat masa 10 - 15 minit baik xpayah...bersiap² terus ke pejabat..

So today...masa nak keluar rumah tu dalam 6.05 pagi...awalllllnyaaa...padahal bukannya nak bersesak dalam jem ke apa pun..tp mmg aku suka keluar awal coz senang nak parking..lagipun bulan Ramadhan ramai yang masuk WP1...so xnak buang masa....jom tengok...waktu ke opis dalam santai² memandu...boleyyy...
Jam ni cepat beberapa minit...kira² 6.05am standby nak kuar      







Dah kuar...standby panaskan enjin kereta pulak...
Panaskan enjin..still dalam 6.05am
coz nak kena isi NGV...so..xpe....perkiraan bawak dalam 80 - 90km saja...


6.16am di Petronas isi NGV
Sekarang isi tangki dulu..sebelum matikan enjin...snap jap..lepas tu cepat² matikan enjin...Sebenarnya bahaya penggunaan telefon bimbit ni...sebab tu la ada larangan penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.dan ada juga yang mengisi minyak petrol ke diesel ke xmatikan enjin kereta..Jgn amalkan.
lepas isi NGV ni pegi isi angin tayar kereta pulak...coz dah nampak kurang angin tayar..lepas tu...langsungg menuju ke Putrajaya..

6.42am...dah selamat parking di opis...



Ok..dah selamat sampai parking kereta di opis...masih banyakkkkkkk lagiii ruang....if datang dalam jam 7 dah agak penuh sedikit..sebab bulan ni ramai yg masuk WP1..dah parking...cepat² jalan menuju ke lif....(alaaa..mcm lambatt benauuu...jalan pun cepat² nk kejar lif..hehhehe)
6.46am...Selamat thumb print
Alhamdulillah...6.46am selamat thumb print..dah tu....ada ruang masa ni wat apeee?? apaaa lagi..kita updateee dulu....hehehhe.....dah siap update ni...masih belum ada yg sampai...sebab semua geng PY masuk jam 8.00 am...and now masih 7.30 am....xper la....buat keje mana yg patut.....Selamat Bekerja...







12 Julai 2013

Kucing

Entry khas ini aku buat untuk Intan...coz dia pencinta kucing...beria² dia nak bela kucing...tapi housematenya xbagi..yer la...if nak bela kucing kena betul² jaga..lebih² lagi kalau rumah tinggi..kesian dia..sediyyy je dia...sabar ye Intan..

Yg bagusnya Intan..sebelum ambil kucing...dia ambil kira pandangan housematenya dulu..berbincang...sebab if nak bela kucing..kena beli sangkar semua...nak kena beli pasir khas untuk kucing po po dan jaga betul²...tp housemate Intan xbagi..coz ada yg xsuka bau..takut menyusahkan nanti if Intan balik kg bercuti..sapa nak uruskan..so..xpe la Intan...ada baik buruknya...takut nanti kebajikan kucing x terbela..So..layan je la gambar kucing yer..
Hi...apa tenung²




ni geng² saya      



Kucing² ni mmg comel...kalau xde anak kecil dan kawasan rumah ada kawasan tanah lapang..ntah² aku pun dah lama bela kucing....hehheheeh

11 Julai 2013

Zaman dulu dan Teknologi Sekarang

Salam Ramadhan...
Alhamdulillah...Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan..dalam mencari pahala..menahan nafsu lapar dan dahaga..dalam erti kata bulan ini adalah penghulu segala bulan dan berlumba-lumba kita berusaha untuk melipat gandakan pahala..

Jangan kita jadikan bulan Ramadhan ini untuk bermalas-malasan dalam bekerja..malah...kita seharusnya lebih yakin dan bersemangat sebab banyak ruang masa untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menambahkan pahala...InsyaAllah.

Btw sekarang orang tgh hot pasal budak kapel seminggu kemudian putus...bukan nak cakap soal tu pun...menambah dosa adalah nak mengutuk² dan mengata .kata bulan Ramadhan..nak buat pahala...hehehheh.BUT apa yang nak dibicarakan ialah mengenai perbezaan dulu dan sekarang...

Jika dulu²...zaman aku dulu² masa sekolah hp sah² xde.cikgu ada la kot..aku sebagai murid ni xde..internet pun xberkembang sangat..cuma bila sambung belajar lepas SPM seterusnya adalah beberapa org dah guna hp...kira pada aku sapa² ada hp pada hujung² 90-an mmg dikira org berada...sbb aku xmampu...berapa kerat je ada hp...nak telefon mak ayah pun beratur Q tunggu kat pondok telefon...simpan syiling bukan main..
Pic sumber google (Pondok telefon dulu yg selalu aku Q)

Kemudian zaman internet ...wahhhhh..relaaaaakuuu ke cyber cafe...layari internet..sejam RM3...ada RM5 pun ada..but masa tu..rela tu....rasa hebat dah zaman tu...dan seterusnya bila dah mampu beli hp...tu pun bukan main berjimat...rasa dapat pakai hp Nokia...wahhhh suka benorrr...seperti hp yang bersusun gambar di bawah :

Pic sumber google

Tp...sekarang lagi hebat.....teknologi lagi canggih...Ada youtube la..ada facebook la..twitter dan mcm² lagi...kadang dalam meniti arus teknologi yang semakin berkembang..aku plak terfikir...dalam 10 tahun akan datang...mcm mana pulak teknologi zaman anak² aku...dah la masa tu tengah meningkat remaja..kot la masa tu aku masih ada dan umur panjang..

Arus teknologi berubah mengikut zaman..kita mungkin boleh gelakkan anak orang....oooo..masuk dalam youtube la..facebook dia gitu la...gini la..poyo la...tp kita tidak sedar yang kita juga punya anak.mungkin tidak sekarang tp akan datang..kalau yg level² seusia mereka ..faham la....tp yg dewasa kita ini..bila dengar rasa nak tgk...bila dah tgk..suka nak mengutuk...apa la yg kita dapat...

Anggap je la itulah kenakalan budak²...Esok² bila zaman tu dah berlalu...sure dia pun senyum sendirian...terfikir pada zaman seterusnya..




09 Julai 2013

Perasaan

Kadang² kita sukar nak berterus - terang...sebab kita rasa nak menjaga hati orang lain...Dalam kita cover line demi menjaga hati orang lain...tanpa disedari kita melukai perasaannya...
Itulah yang terjadi pada bila orang meluah perasaannya umpama aku adalah orang ditengah²..ada 2 group yang mana 1 group xberpuas hati dan membuat keputusan terburu²..yang mana 1 group lagi rasa dianiayai...

Sebenarnya kita yang kena muhasabah diri sendiri...kalau 1 kejahatan yang dilakukan oleh sahabat kita...xkan sudah tertutup 10 kebaikan yang telah dilakukannya..kenapa kita tidak berterus - terang  dari mengambil jalan belakang melarikan diri dari masalah...Setiap orang mempunyai masalah masing² ..tetapi kita perlulah berfikir secara rasional dan profesional dalam menyelesaikan masalah.

Memang jika satu pihak bersalah...namun jika berterus - terang itu dari hati ke hati lebih kita menyelami perasaan masing² dan saling memahami antara satu sama lain...kita akan tahu sebabnya dari membuat andaian yg sendiri yg akhirnya mengundang pergaduhan..

Kita harus belajar dari pengalaman..bukan mengambil mudah mengikut hati dan perasaan..Lebih baik tidak membuka aib orang...mana yg baik kita ambil jadikan sempadan...mana yg buruk jadikan tauladan..Lagipun mereka masih dalam proses menjadi seorang yang lebih matang...Biarlah mereka melaluinya dan mengharapkan semuanya baik seperti sediakala....lagipun Ramadhan sudah tiba..sama² lah berubah kearah kebaikan..Atas dasar bukan aku untuk menasihati tetapi juga mengingatkan diri sendiri...

08 Julai 2013

Gambar²

Lagi beberapa hari lagi nak puasa...semua orang dah shopping raya nampaknya...tapi buat masa sekarang mood nak shopping xberapa nak ada...sebab busyy sana sini...Kebetulan baru balik dari training di Terengganu..Penat pun belum hilang lagi..so...seperti yang dinyatakan sebelum ini...bersambung gambar² kenangan di Terengganu...

Semasa makan di Warung Pok Nong bersama Intan dan Amni..See..Intan..happynyaa diaa dapat makan sotong..






Bersama Geng PY yg hadir (Intan, Amni dan Agus)

Suasana yang mendamaikan




Ok..minggu ni masuk opis semula...nak kena ambil mood dan panaskan enjin semula...hehehehe..motivasi kat diri sendiri..

06 Julai 2013

Training di Kuala Terengganu

Fuhhhhh...legaaaaa....selepas habis training 4 hari 3 mlm di Kuala Terengganu..Walaupun asal Terengganu..tp mmg jarang benar ke Kuala Terengganu..sbbnya..kampungku di Dungun..sekali sampai ke Kuala Terengganu...mcm pelancong pulak....walhal peserta² kursus lain dari Sabah..Sarawak...Kedah..Penang..Melaka..Johor.dan lain² mmg la patut beria² - ia nak melawat tempat..beli batik...g pasar payang...tp aku pulak teroverr...hahahhaha...Thank you to Amni..jadi pemandu pelancong..bawak g makan Warung Pok Nong...mmggggggg terbaiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkk....murahhhhh dan berbaloi².......tu pun sebab terbaca kisah Warung Pok Nong dlm blog ...tqvm pada yg rekemenkan.....

Warung Pok Nong     




ABC  



Sotong

Actually banyak lagi gambar...but slowww plak nak download n nak transfer to pc..xper la..janji mana ada...

Nanti boleh sambung lagi tunjuk pic mana yg ada....
Kiranya ada manfaat la menghadiri kursus ni...walaupun makanan di hotel ni ala² biasa je...tp tetap bersyukur..datang training..boleh ilmu...hahhaha....maybe dalam proses penambaikan secara perlahan²......nanti later² citer lagi...

01 Julai 2013

Wiraku

Wiraku genap 10 tahun digunakan pada 2013...sayangnya pada wira sebab jasanya padaku...Even org lain bertukar ganti...namun tetap aku masih setia....lagipun buat apa nak berhutang lagi..biar la nampak gah kereta orang baru...tapi aku malas nak fikir...dah banyak perubahan dilakukan..convert to ngv lagi sebab nak jimat..

Tapi jumaat lepas dah mula buat hal...boleh pulak tetiba mati enjin di U-turn ioi mall....dah la lubuk jem kat situ...start² nasib hidup...tersedut² nak membawa....mcm baru lepas lesen memandu pulak....aiii dalam memandu mengelabah dah...org hon marah²....jgn la buat hal wira..pleaseeeee la....so...sabtu cantikkk terpacak di kedai jam 9.00 pagi...repair apa patut..test drive....lega la sikit...

then nak bawak g opis selepas repair.....tetiba enjin rasa berat dan makin berat...alahaiii....tupppp matiii lagi enjin....terus susur tepi highway kat bengkel ngv pulak tu....ke pejabat naik teksi....dah lewat pulak...merah pulak...apa kan daya....benda nak jadi....call bengkel...tgh hari siap...lega....tp bila bawa...mcm lain pulak rasanya....dalam hati mcm xsedap....tp tetap berdoa yg baik² saja...terima kasih pada Ayu dan Intan...sudi membantu...

BUT....time balik tetiba ngv makin memberat...switch pada petrol....berat jugak....alahaiiiiii takut lagi dup dap dup dap...takut mati tgh highway....dah la waktu balik keje....bawak jugak sampai bengkel proton....jam 5.01 ptg.....tapi supervisor proton kate...jam 5.30 tutup...bukan la nak kata..if ada customer lebih...xkan xboleh overtime...bukan selalu pun...berkira sangat waktu tutup kedai jam 5.30 ptg..dalam hati geram...sekurangnya try la test drive..cuba tgk dulu..baiki..xsempat bgtau suh tinggal kereta.....habiss..xkan nak suh aku bawak juga..kan buat hal di u turn ioi sekali lagi...haruuuuuu..yg biasa jem bergerak jadi jem xbergerak sebab wiraku punya pasal...oh no no no....baik elakkan...terpaksa la aku merayu sedikit suh tgk dulu...test drive..entahlah....kalau bengkel biasa kat Bandar Puchong Jaya...kdg sampai 7.00 mlm tgk org bengkel siapkan baiki kereta..ker mmg bengkel proton servis berkira bab waktu bekerja...even lebih masa sedikit xboleh...sebab keretaku wira lama.....nk support barangan malaysia....kena pk panjang lepas ni...sebab bukan bab ukuran guna pakai je....tetapi merangkumi servis yang akan diterima selepas itu harus diambil kira....

kecewa sangatttt....apa pun dugaan hanya Allah saja yg tahu hikmahNYA...

Sahabat

Kawan..kadang kala menjadi madu buat kita...kadang kala menjadi racun..ada juga menjadi penawar dan ubat buat kita...Susah dalam mencari sahabat yang benar² untuk bersama di saat susah dan senang..
But alhamdulillah...semua sahabat²ku baik² belaka..di saat senang dan disaat susah...terharu rasanya dan bersyukur  rasanya dikelilingi oleh sahabat² yang amat mengambil berat..Semoga Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian..Budi yang baik dikenang jua...Doaku semoga kalian dirahmati dan dimurahkan rezeki sentiasa..

Tetiba teringat lagu Sahabat Najwa Latiff...
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015