19 November 2014

Tayar dan maintenance

Salam,

Menjaga maintenance kereta bukan saja kepada servis setiap cukup tempoh masanya. Kita juga harus menjaga keadaan tayar, dan alert kepada sebarang perubahan yang mencurigakan. Bukan pasangan saja kita kena alert..kereta juga begitu...hehehhee

Memandangkan kereta yang selalu kita gunakan, kita sudah pasti tahu akan perubahan² yang secara perlahan apakah yang tidak kena dengan kereta tersebut. So, baru² ini aku dapat rasakan perubahan ketara yang melibatkan stereng ada yang tidak kena bila mengambil selekoh. Kemudian bila mengisi angin tayar kereta, tiga tayar okey dan satu tayar seperti ada masalah. Untuk memastikan, satu tayar lagi samada betul² okey atau tidak, aku ke stesen minyak yang lain untuk mengisi angin. Maybe pam tu rosak..tayar kereta aku okey je...hehehehhehe nak menyedapkan hati...

Bila sahih tidak kena, aku mmg segera menghantar ke klinik tayar....Aku suka ke kedai tayar di Pusat bandar Puchong ni sebab servisnya mmg cepat...mesra dan boleh dipercayai. Tayarnya pun harga okey la....Kedai ini buka setiap hari...sehingga jam 7 mlm..Kecuali ahad sehingga jam 2 petang... aku xde share pun dengan kedai ni..bukan iklan apa ni...

So...Setelah dinasihati, aku pun dah lupa...bila tukar tayar ada buat balancing atau tidak..kemudian tak silap aku , mmg ada buat tukar absorber...rupanya..bila buat ni...aku sepatutnya buat balancing semula...tetapi aku x buat... 

 
Aku tak pandai pun nak tgk ni...tapi mamat yang buat ni...mmg explain details dan sungguh²...sebelum dia buat...dia bagitau..apa sepatutnya...apa yang tidak patut....yang aku suka dengar, bila dia kata " u nak buat kedai mana² pun boleh....tapi u sendiri kena tahu dan faham....jangan mudah semua serahkan kepada mereka jalankan tugas....bla ...bla..bla....lagipun kereta aku ngv....berat kat belakang...nak kena guna spring yang bagus dan tahan lasak.....


Tapi sebelum dan selepas buat ni...memang beza sangat².....aku nak pecut sikit xde hal....xde la ketar gegar semua stereng kereta aku......jika tak ambil tindakan segera....kesannya..tayar kereta cepat botak...so...nak kena tukar tayar kereta....berapa tu.....padahal mmg aku baru tukar...nasib xteruk sangat..


Ini adalah alamat kedai ni...So...pastikan  kereta anda pun berada dalam keadaan baik... Bila habis bayar kereta..duit tetap kena simpan untuk maintenance dan keadaan yang tidak dijangka....

7 ulasan:

norhidana berkata...

huhuhu dana tak penah amik tau psl maintenance tyr or kete kak sbb edy yg uruskan semua... hehhehe ampeh kan tau bwk je

eMMe berkata...

btol tu norey... mentenens kereta pas abis baya bulan2 lain mcm skit, mcm2 ragam kereta kite bukan leh jangka kan...hehehee...

Hana Syed berkata...

cek tayar tu part paling penting.. Biasanya kita akan jumpa kedai favorite kita.

lieyalatif berkata...

lieya ni kak mmg tak tau bab keter2....tau bawak jek kakaakakaka.... nak menunggu keter lieya cukup due servis pun lame ni hahahha almaklumlah keter lieya ni running dlm putrajaya je....amik anak anta anak...jalan tak jauh huhuhuh

AisNy berkata...

Teman pun tengah berkira-kira nak tukar tayar... tukar 4 biji tayar mahu habis RM2K...

NrlAidaHml berkata...

Mahal tak kak kalau buat kat kedai ni..sebab aida pon ingat tayar keta tu nak kena tukar..kitorang selalu kena yang memahal..tak faham betul..hehe..

raayeop berkata...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015