11 September 2018

PRK

Minggu lepas cuti bersambung. Ramai yang plan balik kampung kan. Paling tidak pun bercuti kat mana-mana. Tapi sebab kali ni nama naik untuk bertugas di PRK Seri Setia, so plan nak bercuti tu terpaksa dibatalkan. Kalau nak sebut beza antara PRK dan PRU, masa PRK ni dapat turun bertugas dilapangan. Kalau PRU kena duk kat opis sepanjang masa, paling tidak pun kena bantu untuk Bahagian Operasi Pilihan Raya dan Pendaftaran.

Walau rumah hanya 12 KM dari hotel, tapi tetap kena stay kat hotel. Pergerakan semua memang kena on time. Menggunakan kenderaan rasmi. Nak tak nak memang kena ikut masa dan jadual yang ditetapkan.


Sayup kondo di atas bukit sana, dekat je dengan rumah.


Sebab pagi dan petang akan bertugas. Tak payah nak make up bagai sangat la. Guna foundation Dvanda je la. Tak payah bedak bagai. Ingat banyak masa nak tengok muka make up ke tak. Yang penting Dvanda ni tak bercapuk dan melekit. Dah syukur sangat mudah keje nak bekerja. Kang kalau takde protection apa-apa, kering semacam muka mula naik jeragat, susah hati jugak. hahhahahha



Pagi terus ke Dewan MBPJ untuk semakan peti undi. Jumpa dengan Yan bahagian Komunikasi Korporat. Orang kuat bersama media ni. Bos kat belakang. Pegawai Bertanggungjawab. Dah setel set up peti undi, selepas solat Jumaat terus ke Politeknik Shah Alam.

Jem gilerrr nak menuju kat sana. Huhuhuhuhu. Balik tu lagi la. Kematu mengadap jem kat sana bila nak patah balik ke PJ. Sebab jem sangat, balik tu singgah dulu la dinner kat area sana. Terjumpa pulak nama sama. huhuhuhu. Sebab lapar, belasah je makan.


Ni muka penat giler dah ni. Sebab sebelum tu, jam 8 malam sehingga 12-30 pagi dengar taklimat. Pagi-pagi dah bersambung lagi.

Esok pagi lagi, jam 6 pagi dah nak kena bergerak ke Shah Alam.


Pagi sabtu terus bertugas di Politeknik Shah Alam. Nak tunggu jam 8 - 5.30 petang dan seterusnya selesai sehingga keputusan bagaikan  penantian yang sungguh menyeksakan. Tuhan sajalah yang tahu.

Apapun tahniah kepada pemenang. Yang kalah jangan la rasa sedih, berkhidmat untuk rakyat bukan saat menang saja, kalau kalah pun still tetap boleh menyumbang. Rakyat menilai bukan untuk pilihan raya saja, tapi juga yang akan datang. Di doakan buat semua YB juga semoga  sihat sentiasa. Kalau ada next PRK, mmmmm wallahualam. "Saya yang menjalankan amanah".

Tiada ulasan:

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015