21 Februari 2017

Cerita Kenangan Lama

Salam..
Saja nak mengimbau betapa banyaknya program² yang diadakan semasa masih berkhidmat di PKD Petaling.....Program gotong-royong yang tidak pernah putus bagi kawasan panas yang kes² denggi tertinggi..
Program² kesedaran untuk maklumkan kepada masyarakat dan perlukan kerjasama antara penduduk serta pihak berkuasa berkaitan tidak pernah putus...

Banyak ilmu yang dipelajari semasa berkhidmat kat sana sebenarnya...Alhamdulillah...sekurangnnya faham dengan fungsi dan beban tugas masing²....tu baru dipejabat...kalau di klinik kesihatan..klinik desa..klinik 1Malaysia..lagi la....mcm² ragam dengan pesakit dan sebagainya...yang jaga kaunter biasanya memang dah lali dengan pelbagai kutukan dan kata²...bagi yang berterima kasih....alhamdulillah faham dengan keadaan dan situasi sebenarnya...

Pernah terlibat dengan program gotong-royong di kawasan Kota Damansara.....dapat mendekati masyarakat setempat...lagi pula bekerja di daerah yang paling padat penduduk dan cabaran yang lain²....

Alhamdulillah.....dapat terlibat dalam menjayakan program ini...Yang tengah² Pegawai Kesihatan Daerah....
Termasuk dari staf² klinik yang menjayakan program ni..

Geng² ..kat sana..masih juara..paling tua..kat sana ramai yang muda²....akak doakan korang tahun ni ambik exam...lulus naik pangkat cepat²..

Bersama-sama Ketua Jururawat yg sporting²....Yang belakang lelaki tu bukan KJ...yang tu Inspektor Kesihatan...Jgn merokok tempat awam..nanti kena saman....hahahha..khidmat pesan ni di bawa oleh akak untuk peringatan...

Semoga Ida ..Azian sentiasa sukses..jgn stress²....ada hikmahNYA setiap sesuatu cabaran ....akak setiap minggu kena buat check up semasa berkhidmat di PKD....bp meninggi xnak menurun²....sampaikan akak sendiri hairan..keje di jabatan kesihatan tapi makin stress....hahahahhahaa....tapi tetap rindu dengan kalian...

2 ulasan:

norhidana berkata...

msti lah rindu kan kak... tempat jatuh lagikan di kenang ini kan pulak tempat cari mkn

AisNy berkata...

Gambar yang last sekali tu... ada juga yang sempat inter frame...

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015