09 Disember 2017

Family Day & Majlis Perpisahan

Salam,

Dalam organisasi, bertukar tidak sama apabila bersara. Perasaan itu, bila bertukar walaupun sedih namun kita tahu pertukaran disebabkan kenaikan pangkat atau penempatan yang lebih baik...Dan semalam dianjurkan majlis persaraan buat bos besar, Dato' Juhari bin Abd Rahman. Timbalan Setiausaha (Strategik)..

Pada Sept 2015, aku berhijrah...Dari Putrajaya ke Pejabat Kesihatan Daerah...Masa tu, perasaan sedih sangat...sebab ingatkan masih penempatan di Putrajaya..Tapi demi karier, diteruskan..Ilmu ..pelajaran, pengalaman...semuanya dikutip pahit manis..

Bersama Dato' Juhari, aku dianugerahkan Pekerja Khidmat Cemerlang pada tahun 2014. Masa tu, macam tak percaya, sebab ramai lagi calon lain berkelayakan..Dan masa yang sama, masih dengar2 yang aku bakal dikembalikan ke Jabatan lama..masa tu..mcm sukar ..sebab di bawah KKM, mana mungkin semudah itu...Dalam tempoh itu, jika ada majlis anjuran Pejabat TSU (S), aku masih dijemput..Rasa ukhwah itu rapat sangat...Ingat lagi semasa menghadiri majlis makan2,,secara personal berjumpa dengan Dato, dia tanya.. " Raihan, awak nak balik tak ke sini??

Aku jawab.." Saya akan kembali Dato'....sekiranya khidmat saya diperlukan..saya pasti kembali..walau saya bukan siapa2..bukan orang penting..tapi saya pasti kembali...

Dan awal Januari 2017, aku kembali.... walau hilang kekanan selama setahun, aku tak rasa ralat..inilah pilihan sendiri..yang lebih mengembirakan..


Majlis Lambaian Kasih,merangkap persaraan Dato' Juhari Abd. Rahman..Majlis di adakan di Homestay Terlajakk Laris Dato Aliff Shukri di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh...


Yang penting majlis ni di buat sendiri tanpa panggil katering ..Masak sendiri & diberi tugas masing2...Petang..santai2..mandi kolam...minum petang.makan2..lawat kawasan...


Tema: Kampung
Yang penting, majlis ni berjalan dengan cemerlang..

Inilah kehidupan..Antara nasihat Dato', dalam perkhidmatan jangan kita cantas orang, bekerja la dengan dedikasi & cemerlang..

Selamat Bersara Dato'. Terima kasih atas tunjuk ajar & nasihat..
Yang paling sedih, sudah pasti PA nya Amni Hajidah...
Dan dengar2 ada khabar angin bertiup..entah betul...entah tidak..berhijrah lagi ke aku??

1 ulasan:

AisNy berkata...

Hehehehehe... dekat dah dengan rumah teman...

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015