28 Februari 2018

Barber

Cuti Tahun Baru Cina balik Terengganu. Alhamdulillah masa pergi - balik langsung tak tempuh jem. Syukur sangat. Walau balik khamis pagi dan datang semula KL Isnin pagi, semuanya ok. Cuma kalau nak ke KL, strateginya masa cuti panjang paling lewat jam 11 pagi dah kena masuk plaza tol karak atau selewatnya jam 12. Kalau selepas time tu, memang sangkut.

Btw tak sempat gunting rambut syahiran semasa kat puchong, so ingat isnin petang sampai puchong nak g kedai gunting. Just pergi mamak je biasa. Tapi syahiran ajak ke kedai barber yang dia berkenan sangat kat kampung. Kedai baru buka kebetulan. Berhadapan Hospital Dungun.


Dalam hati, mau kena RM20 ni. Tapi tak mengapa lah sekali sekala. Hahahaha
Tapi terkejut  bila nak bayar, hanya RM7 saja kanak-kanak.
Kalau gini, bolehh sangat la lain kali datang lagi. hehehe



Kemain dah makin besar dah nak berfesyen. Kiranya makin tua la mamanya. 

2 ulasan:

Izni Hafiz Abdul Rashid berkata...

Kita kena la support peniaga Islam...

Hans berkata...

wah
memang murah betul lah kalau RM7
dekat KL nih memang tak jumpa dah harga tu
mamak pun dah RM10-RM12

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015