17 Mac 2018

Sibu

Nampaknya sekarang zon kesibukan telah datang. Selesai semua penjelajahan Taklimat untuk mereka yang terlibat bagi proses Pilihan Raya. Takde la jelajah semua negeri, sebab bila bos takde calon je, biasanya akak ni turun la membantu.

Lokasi terakhir arahan bos adalah Sibu Sarawak. Alhamdulillah atas asbab bertugas di Sibu selama 2 hari, dapat berjumpa dengan kawan lama yang hampir 20 tahun tidak berjumpa. Bisanya di FB akak ni jarang sangat nak update status semasa. Check in lokasi pun jarang. Dah balik baru up. hehehheheh.



Akak memilih AirAsia. Sebab banyak penerbangan. Cuakk wehh...Walau akak ni dah biasa naik flight tapi, setiap kali nak naik, ketakutan tetap ada. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Hahahahha..


Ok, sampai sibu boleh check in awal. Padahal waktu check in adalah jam 2 petang. Penginapan pulak di TanahMas Sibu. Hotel ni memang strategik. Semua lokasi akak hanya jalan kaki.hahhahaha. Siap buka google maps. Lagipun sibu takde la besar mana. Kalau datang sibu, memang TanahMas ni sesuai. Hanya 5 minit jalan kaki ke pasar malam yang ada setiap hari bermula jam 6 petang, 10 minit jalan kaki ke Sibu Heritage, 3 Minit je nak Dataran Sibu, 5 Minit nak ke Central Market Sibu/ UTC.


Akak bersama Intan. Alahai kurusnyaaa dia.hehehhehehe.. Ambil gambar berlatar belakangkan Sungai Rajang. Akak rasa macam g Bangkok pulak. 1st day, akak bertugas di Pejabat Daerah Kanowit. Awal pagi dah bergerak ke sana. Tapi sarawak matahari pagi awal, jam 6.30 dah breakfast.
Hari kedua akak bertugas di Sekolah Menengah Methodist tak silap, kat bandar Sibu je. Macam biasa semasa bertugas akak jarang ambik picture. Urusan Rasmi, hp hanya akak biar tepi. Ada juga bergambar, tapi atas kesesuaian nak upload fb atau update status. Tapi setengah hari xbuka hp, beratus-ratus wasap masuk. 

Selesai taklimat dan bertugas, akak amik masa untuk santai-santai jalan di Sibu. Macam akak cakap tadi, Sibu kalau 2 malam tu dah boleh cover. 1 malam pun boleh. Tapi kalau datang sabtu atau ahad, kat Central Market Sibu tu, banyakkkk sangatttt orang dari pedalaman turun meniaga di sana. Sayur-sayur kampung dan murahhhhhh yakkkmattttt.. Ikut hati akak ni, habis borongggg....hahahhaha
Hari Isnin - Jumaat hanya peniaga sediaada je yang ada. So kalau weekend tu terus je beli banyak2.


Ni semasa di Sibu Heritage. Panas sangattt. Akak sampaikan beli beg tambahan. Asyik nak membeli. Padahal, gaji belum nampak bayangnya. hahahha..Bukan selalu datang pun. Beli buah tangan sikit2 je.


Asbab akak upload di fb, akak dapat berjumpa dengan winnie. Dulu dia bekerja di Limbang. Rupanya sekarang dah pindah Sibu. Alahaiii..terkejut winnie dah ada anak sekolah menengah. Akak ni baru darjah empat yang sulung. Untungnya kawin muda.


Selepas jumpa winnie terus standby ready nak check in. haaa..Hasilnya, sorang 2 beg. Kemain lagi mula2 masing2 nak 1 beg je. 

Tiada ulasan:

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015