11 Oktober 2017

Bersangka Baik

Kisah seorang sahabat,
Selepas satu dugaan dan ujian
Datang lagi ujian & dugaan
Sehingga sampai satu masa kita rasa tiada kata² semangat buatnya
Melainkan ........


Semua yang datang adalah tanda kasih sayang Allah..

28 September 2017

Mudah Dengan Philips Pressure Cooker

Last weekend ke Shah Alam. G rumah k.ipar...Dah alang² tu, jom la shopping kat area Shah Alam.
Balik², shopping Giant Kinrara..jarang² terjah juga ke Pasar Borong...Kadang² ke Tesco Pusat Bandar Puchong @ IOI Mall Puchong. Senang g Giant Kinrara, sebab dah tahu susun atur barang..Nak shopping tu jadi cepat dan mudah..xde terpusing² dengan troli..

Dah alang², jom la kita ke Aeon Big Seksyen 15...Situ selesa juga nak shopping...Sambil pusing², tetiba terpandang Philips Pressure Cooker..Tgk harga promosi RM399 xsilap... Sebenarnya jika nak harga murah, Lazada lagi murah..boleh dapat RM315. Tapi biar la..nak menyedapkan hati..beli depan mata, boleh sentuh..pegang..kah..kah kah...



Dulu ada ura² nak beli Noxxa..Kan banyak resepi Noxxa.Mudah sikit..Namun yang risau kalau beli..xguna..sungguh menakutkan..Jangan ikut² orang...ikut kemampuan..asalkan makanan dapat di masak...gitu..heheheh

So...dah beli..harapannya..boleh la guna masak Sup Tulang..
Bab², kalau resepi ni...mmg fail...sebab selalunya masak menggunakan aura rasa tersendiri..nak share pun malu..bahan² ke apa..Tapi akak ikut Resepi Blogger CikLilyPutih
Thank you sebab sekurangnya boleh la rasmi Periuk ni...


Akak masak sedikit saja..tu pun 2 hari nak habiskan..padahal bukan banyak sangat pun...
Ada lagi bahan², tapi mcm akak bagitau...sila lah follow resepi daripada kat atas..google pun boleh..ikut masing²...

Memang memudahkan..30 minit masak.kemudian campur proses nak buang wap tu, buang slow²...ada la dalam 10 - 15 minit...


Ni baru sebahagian..ada extra 3 ketul..forward ke next day....takutt..kolestrol...Lps tu..dah makan sedap²...suruh husband cuci periuk tu..kik..kik...kik...

Keseluruhan mmg mudah la ada periuk ni..next boleh try masak  lain² pulak..

24 September 2017

Ibu Bapa / Mertua

Bila sebut soal orang tua, di saat usia meningkat mcm-mcm ragam yang tak terduga.Kadang sekecil-kecil perkara pun nampak besar...Asbabnya kerana bila ibu bapa kita meningkat usia, sensitifnya mereka yang tak terjangka oleh kita. Betapa syukurnya kita masih punya ibu bapa..Begitu jua dengan mertua.

Ada yang rapat dan juga biasa-biasa.  Ada juga yg ada jurang antara menantu dan mertua. Tapi harus diingat, mertua juga ibarat umpama ibu bapa kita. Sebagaimana kita sayang kepada kedua orang tua kita, begitulah kita kena menyayangi mertua kita. Sebagaimana kita terluka atau disakiti sekalipun, kita harus menghormatinya.

Tidak semua orang mampu menghadapinya, malah ada anak-anak yang memilih untuk menjauhi dan memilih untuk menjaga hati suami/isteri sendiri.
Susah dan sukar nak terjemahkan bagaimana situasi seseorang itu dalam menghadapi keadaan yang hatinya terluka atau disakiti.

Tapi dalam kehidupan ini, kebahagiaan hati orang tua itu tetap juga harus diutamakan..Mencari keserasian dan keselesaan dalam perhubungan harus dipupuk sentiasa. Berdoalah agar hati mereka yang keras dilembutkan.

Kita tidak boleh mengubah orang lain mengikut kehendak dan keinginan kita. Namun kita boleh mengubah diri kita mengikut persekitaran semasa. Banyak perkongsian daripada yang terdekat mengenai perhubungan bersama orang tua dan mertua masing-masing. Tapi jangan biarkan perhubungan terus hambar dan lesu.

Percayalah, hati mereka sebenarnya nak dimanja dan dibelai, namun masing-masing ada egonya tersendiri. Carilah titik persamaan yang boleh dicapai dan percayalah, jika boleh mencari keserasian itu, pastinya kita adalah insan yang paling bersyukur mempunyai mereka sebenarnya, berbanding orang lain yang telah kehilangan orang tua/mertua mereka.

21 September 2017

Positif

Salam,

Esok sudah Awal Muharam. Salam Maal Hijrah  buat semua. Biasanya kita ada plan dan cita² yang nak dicapai adalah tahun baru.. Jarang² kita dengar atau sebut, bermulanya Awal Muharam ni, saya nak berubah xxxx ..saya nak capai xxxxx .....saya targetkan xxxxx......

Namun jika kita ada cita² atau apa yang ingin dicapai, xperlu pun nak menunggu bila...Sekarang pun kita boleh melakukan perubahan. Sebagai contoh, yang sukar kita nak buat bila bekerja, adalah menguruskan keje hal² rumah tangga. Penat di pejabat tak sama penat di rumah. Samada penat kita bekerja menggunakan tenaga dan sebaliknya. Kita tak boleh nak cakap, ooo rumah dia bersih, boleh la...anak xde..anak sorang...anak dah besar dan mcm² andaian. Dan rumah dia tidak bersih selalu adakah kerana dia pemalas sangat atau sebab² lain.

Kadang faktor bekerja  jauh jarak pejabat dan rumah. Balik pun dah penat..tapi bila dah penat..rasanya bertambah penat kalau lihat rumah berselerak. Namun bergantung kepada masing²...Yang penting ikut keselesaan yang mampu untuk dia hadapi.

Sama juga bila bekerja, kadang ada yang mampu buat multitasking. Malah ada yang satu²....Dulu masa keje bank, multitasking ni wajib...semua benda kena tahu...sampai terkial²...tapi belajar...dan amik positif...Dulu jarang nak mengeluh bila banyaknya keje...sebab xsempat nak mengeluh pun...dalam fikiran..ni kena siap..dateline ni bila...fikir nak siapkan keje je..tapi sampai sudah xsiap² juga.....Ya..Keje xkan siap sampai bila²....sentiasa ada..Bila kita cuti pun ada yang mengambil alih jika benda tu perlu disiapkan segera.

Lebih² lagi sekarang apabila ramai graduan lebih rela memilih pekerjaan bawah dari kelayakan. Amik positif, kita belajar dari bawah...walau lebih dari kelayakan, namun menunggu pun sampai bila? Ada yang paling menyakitkan bila ketua tahu lebih kelayakan kita, tugas kita pulak dah mcm level atas²...pun amik positif je la..kan esok² dapat jadi bos, kita tahu rangka tugas yang perlu dilakukan. Tapi bergantung juga pada keadaan dan situasi sesuatu jabatan tu.Kadang ada yang mengambil kesempatan pulak...sedapnya mengarah..semak minit mesyuarat, sediakan maklum balas mesyuarat....yang dah siap..pap....pap..kita bagi untuk semakan...zassss terus email tanpa cc kita..dah mcm hasil keje dia..bila kita bagitau..kenapa hantar kepada kita untuk semakan..hantar la pada bos terus....rupanya xbuat lagi..nak suruh kita dibuatnya...

Begitulah banyak cerita dan ragam dalam bekerja ni... 
Yang penting keberkatan kita dalam bekerja. Sebagaimana gaji kita terima, sebanyak itulah atau lebih lagi adalah sebaiknya untuk kita berikan....

Mcm² hal dalam dunia ni.....kadang dah boleh buat drama...nak buat skrip pun boleh..asyik² tgk drama citer novel², tidaklah seindah yang di sangka sangat.....hahahhaha...

Buat kawan², stress di tempat keje itu biasa dan adat..Cara dan tekniknya saja berbeza..kadang xambil tahu pun hal orang, tapi ada saja gosip tentang kita ..See, ramainya berminat dengan kita...Senyum saja....yang penting setiap hari kita doakan..Biarlah Allah jaga kita...Biarlah Allah lindungi kita..atas apa jua keadaan dan situasi..Hanya DIA tahu apa hikmahNYA....

So..sambung keje..senyum....hari ni sebab dah khamis..esok cuti...3 hari....




20 September 2017

Planner

Salam..

Semua orang maybe ada planner...kadang separuh tulis..separuh x tulis..mcm planner ni..mmg sentiasa bawa dalam handbag.. Dan ada 1 ala² planner...tapi bukan la planner....setiap hari..selepas solat subuh terus menulis dalam buku tu....nak mendidik hati supaya bersyukur..bersabar....positif sentiasa..Buku tu mmg letak atas meja..biar anak² atau husband baca pun..sekurangnya dia tahu apa isteri dan mamanya harapkan pada hari berkenaan....tapi mereka  xpernah buka pun..


Buku planner 2017 ni sajalah yang simpan rahsia..

Sebab apa rahsia..sebab dalam ni..hanya diri sendiri dan yang berhutang saja tahu...Hanya Allah yang tahu apa rahmat yang hendak diberikan...Bersangka baik dan positif selalu
Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015