24 Julai 2013

Pendapat & Pilihan

Kita semua mempunyai pendapat & pilihan masing²...semuanya berbeza² dan ada yg sama ..jika yang sama...nak berkongsi tu baru seronok kan...berbual dan berhujah xsedar pun masa berlalu..maklum la pendapat sama ataupun pilihan sama..

Tapi kalau kita bertemu dengan orang yg pendapat & pilihan yg berbeza...mcm mana tu? xkan kita nak hentam org tu...oooo tidakkk..pendapat saya lagi bagus...pilihan saya lagi baik.....gituuu?? kita suka kan mengusik perasaan org bila lama² dia jadi semakin marah sebab kita xdapat mengawal percakapan kita..dengan kata² yg keluar dari mulut kita membuatkan dia geram..sakit hati..xpuas hati..kenapa?

Kita nak org hormatkan kita..tp kita sendiri xhormatkan org...tutur kata kita nampak biasa..tp dihatinya...terguris tanpa sedar...kawan...ye mmg btul...jika dia kawan baik..dah biasa bertepuk tampar...tp...manusia tu punya hati dan perasaan...xmengapa la jika dia sukakan warna hijau pun...kita suka warna biru...kan..warna jeee pun....kita hormat je la..dia suka brg pasar malam...kita suka brg parkson...xpe la ...kita xtahu...dia suka beli brg pasar malam sebab dia suka menyimpan duit...kita yg suka beli brg ..Parkson..guris kad kredit...

Bg aku senang jer...org yg bercakap saja² nak menyakitkan hati ni....diamm diri adalah lebih baik...yer..diamkan saja...biarkan org nak kata apa saja..bila penat dia diam la berbicara..puas hati ke xpuas hati..yg penting kita dah membantu dia dari melakukan dosa free² mengutuk dia....takut²...kan kita xmemaafkan dia...sampai sudah..

Jadi hormatlah pendapat & pilihan org lain...kdg pendapat org tu lebihhh baikk pun dari kita...

22 Julai 2013

Ramadhan : Beberapa Pesanan Rasullah SAW

Salam....berkongsi ilmu daripada hasil nukilan HARDAHCS...


semoga kita dapat manfaat darinya..InsyaAllah..

Isnin Datang Lagi :)

Salam Isnin...sekejap jer weekend 2 hari...Isnin datang lagi...biasanya org cakap bila tiba hari Isnin ialah 'monday blues' . Nak ambil mood tu payah skit...bagi yg nak ke sekolah, ataupun yg dah bekerja...lemah gemalai jer...boleh pulak weekend lepas, sudah sahur, mataku sangat tidak mengantuk..boleh segar sesegarnya..padahal malam tu tido jam 12.30 pagi...dan bangun sahur jam 5 pagi...aishh....xmengantuk...tgh hari la baru datang mengantuk tu dan baring sekejap.tapi pagi ni.....sementara nak menunggu solat..tersengguk-senguk ...padahal malam tadi tido awal...11 mlm..dalam kepala.....ohhh...Isnin dah...kena g opis today..

so...teringat semula ceramah yang diberikan oleh I.M.A. (Imam Muda Asyraf).dan dan terus teringat....yer la..nk motivate diri ni skit....biar bersemangat sikit...hehehehe...ok nak cerita yg dimaklumkan oleh I.M.A..
kalau negara barat, kedatangan hari isnin mmg penuh semangat ditunggu...bagi budak² sekolah.bagi yang bekerja xtahu la pulak..tp boleh juga dipraktikkan kot...dalam hati 'ooo barat ni pandai..berbeza dengan kita, tp ada kebenaran juga'. sebabnya, sistem bagi sekolah di barat, setiap isnin pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada hari tersebut..tiada stress..Permulaan hari pertama untuk ke sekolah dimulakan dengan pelbagai acara antara guru dan murid..xtahu la acara apa kan...tp untuk menarik minat pelajar utk ke sekolah..jika Isnin dah berlalu dengan baik dan gembira, maka hari² seterusnya tiada lagi dilalui dengan mengira untuk tiba hari weekend..

jika di Malaysia, sistem sudah tentu la lain...kita kena berhimpun, kena jumpa guru la..kadang ada pelajar yang buat salah dimalukan dalam perhimpunan...mungkin dulu yer...tp kini kena ubah cara supaya lebih menarik...bukan la kata nak contoh barat sepenuhnya...tp kalau benda itu baik, kenapa kita tidak mahu mengiyakan..yg baik kita ambil..yg buruk kita tinggalkan..kalau barat ada American Idol..see..Malaysia pun boleh ikut pulak kan....mcm² rancangan sama mcm barat..tu konteks hiburan dalam tu unsur perniagaan.. ...tp kenapa kita kalau ke arah kebaikan dari sudut lain kita xmahu ikut..kerrr dah ikut skrg???mana la tahu ketinggalan....hihih..kalau yer....alhamdulillah..sure budak² skrg happy nak ke sekolah setiap Isnin.

bagi yang bekerja pulak, mungkin Isnin adalah hari bos bertemu semua staff unit kendaliannya...berborak santai sambil breakfast di pejabat...bos belanja la karipap ke...kuih-muih ke...bercerita tentang kerja...apa masalah...mcm mana nak capai KPI....sambil² bincang minum kopi ke teh...kalau bos yg ada Elaun Keraian tu..apa salahnya kan...staff xberharap pun...tp tu caranya kita menghargai..kadang kita lupa....kita bagi arahan dan arahan....nak laporan on time...nak maklumat segera...kadang staff bawah kita banyak yg tlg kita buat keje dari kita sebenarnya..kalau x pun....staff bawah kita banyak membantu kita...sebab kita kena ingat..pangkat ni bukan untuk kita bermegah²..nak marah staff bawah sesuka hati..nak membuli....tp itu adalah Amanah sebenarnya....berat dan besar tanggungjawab..sbb dengan gaji yang kita terima tu..berbaloi x dengan apa yg kita berikan kepada jabatan...kdg nak tengking dan marah² x agak²....satu bahagian dengar jeritan bos kepada staff yg dimarahinya...dah malu dan aib hamba Allah itu...

mcm aku ni la....staff berapa kerat sangat bahagian ni..but alhamdulillah,,,kitaorg punya perancangan kalahkan orang yg punya 50 org....hahhaha....nak buat itu..nak buat ini..harap² terbuat la...InsyaAllah..diaorg good team work..syukur alhamdulillah dari jabatan dulu..sampai jabatan skrg pun....semua good team work..

20 Julai 2013

I.M.A (Ramadhan Madrasah Transformasi Diri)

Alhamdulillah...semlm 10 Ramadhan, opis ku ada mengadakan ceramah dengan menjemput Imam Muda Asyraf (I.M.A) yang bertajuk Ramadhan Madrasah Transformasi Diri..siapa sangka, baru berusia 29 tahun dapat menarik minat dan menyampaikan dakwah dengan begitu baik....bukanlah aku bgtau yg tua (* tukar ayat dewasa sedap skit) tidak menyampaikan dengan baik...tetapi cara penyampaiannya dan bagi aku dia mmg dianugerahkan oleh Allah berbakat dalam menyampaikan ilmu..

Berdasarkan kepada apa yg disampaikan oleh nya yg sempat aku catatkan ialah :
  • Allah jika ingin memberi Taufik kepada hambaNya - sebagai contoh, jika kita berniat untuk melakukan kejahatan dalam sesuatu perkara dalam konteks sebagai pekerja opis, bos outstation, so jumaat kan lunch panjang, so kita plan dan target jam 11.00 pagi nak g shopping Alamanda, keluar awal sejam, tetapi tiba² bos kita balik ke pejabat jam 10.30 pagi dan membatalkan niat kita untuk keluar awal disebabkan bos masuk semula, itu tandanya Allah tidak mahu melakukan kejahatan tersebut. Allah memberi Taufik kepada kita supaya kita tidak melakukan perkara tersebut.Dan begitulah sebaliknya.
  • Sekiranya kita membenci bos kita, duduk pun tersorok dari pandangan mata bos dan selalu lesap, tetiba bos arahkan kita duduk berhampiran dengan pintu biliknya, itu pun salah satu tanda Allah inginkan kita melakukan kebaikan menjalankan kerja dengan penuh amanah supaya tidak selalu lesap.
  • Allah juga amat suka sekiranya sentiasa kita memohon dan meminta kepadaNya.Biasanya kita sebagai manusia alpa, berdoa diwaktu susah sahaja tapi diwaktu senang kita melupakanNya,dan Allah datangkan musibah kepada kita sebagai tanda Kasih dan SayangNya supaya kita sentiasa mohon dan meminta kepadaNya .
  • Ok....ayattt nii mmg bukan untuk pujian, tetapi khas untuk para suami, betapa hebatnya seorang isteri kerana mampu menguruskan segala kelengkapan di bulan Ramadhan. Contohnya masak selepas bersesak dalam jem dengan kepenatan baru pulang bekerja, bangun awal untuk masak sahur bagi suami dan anak²..Jadi hargailah isteri dan pengorbanannya..biarpun ada yang tidak bekerja, tetapi menguruskan rumahtangga itu pun membuktikan kehebatan seorang isteri..
  • Bulan Ramadhan juga,  umat islam menjaga tutur kata dan lidah.. sekiranya bukan bulan Ramadhan, bermulut puaka, tetapi alhamdulillah dengan kedatangan Ramadhan masing² menjaganya.
  • Bulan Ramadhan juga diturunkan Kitab Al-Quran..dan penceritaannya di dalam Surah Al- Baqarah. Sungguh indah sususan ayat tersebut. Yg ni boleh tgk Tafsir dan semlm mmg I.M.A ada membuat penghuraian setiap ayat.
  • Keinginan manusia bermcm²..kdg Allah x makbulkan sebab Allah ingin berikan kepada kita di alam syurga. sebab itulah kita hendaklah berbuat baik. Kadang kita minta 10 daripada Allah, tetapi Allah makbulkan 6 sahaja...
  • Allah tutup keaiban manusia dan tidak ada yang tahu. Kita pun kena tutup keaiaban diri kita, suami/isteri kita.Kisah ini berlaku semasa di zaman Nabi Musa di mana, umat Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan..Tetapi Allah tidak makbulkan. Oleh yg demikian, Nabi Musa bertemu dengan Allah dan bertanya,Ya! Allah, kenapa Engkau tidak makbulkan segala doa dan permintaan kami. Allah tidak makbulkannya disebabkan oleh salah satu umatnya yang selama 40 tahun tidak bertaubat kepadaNya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan makbulkan doa umat Nabi Musa untuk diturunkan hujan. Maka Nabi Musa pun memanggil sekalian umatnya memberitahu, sekiranya salah seorang dari kamu yang berdosa itu bertaubat kepada Allah kerana telah melakukan dosa selama 40 tahun, maka Allah akan makbulkan doa umatku. Selepas salah seoarang umat Nabi Musa yang berdosa itu bertaubat, barulah Allah turunkan hujan dan makbulkan doa. Nabi Musa ingin tahu siapakan dia, tetapi Allah tidak memberitahu kepada Nabi Musa dan menutup keaiban diri hamba yang berdosa itu, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu. Begitulah dengan kita, harus menutup keaiban kita, suami/isteri kita dan juga orang lain. Mohon ampunlah  kepada Allah kerana  Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dan banyak lagi sebenarnya, tetapi nota tertinggal di opis. Ini sajalah perkongsian yang xseberapa yang ingin disampaikan walaupun sepatah ayat...Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah kelemahan saya sebagai hambaNya.


Nak juga bergambar...

Haruslah ada sekeping gambar kenang -kenangan...hehhehhe

17 Julai 2013

Kisahnya Bermula Dengan Pergola Style

Salam...dah rabu dah hari ni..cepat jerr...lagi dua hari my special friend nak bertugas di Putrajaya..lepas ni transfer to Sepang..dekat sikit dengan rumahnya...happy kemainnnn dia...ye dok NB...tahniah..tahniah..hadiah berganda...rezeki di bulan Ramadhan..sekejap jer la kita berkenalan...tapi friendship forever kan kan kan....

Btw ..aku dulu² mmg suka menulis...dulu ada subjek sastera kat sekolah..xtahu sekarang ni mcm mana kaedahnya...so...aku suka jer..baca blog orang...suka duka..kongsi cerita..ilmu..maklumat...tp aku xterfikir pun nak create..sebabnya aku kekangan masa..baca ada pulak....hahahha...aku minat tengok orang yang ada semangat nak berjaya..berusaha...sabar menempuh dugaan....akhirnyaaa berjaya....jadi mcm sumber inspirasi la.....muda² ada yag berjaya....yg ambil langkah berhenti kerja...berusaha sendiri...bagi aku..orang semangat seperti ini memanggg harusss di pujiii.....yang bermula dari bawah pulak..dan akhirnya setangga demi setangga perubahan kearah kejayaan..kegagalan bukan penamat bagi mereka...kdg rasa nak jumpa je....nak bagitau..oooohhhh.....mmg dirimuuuu mmgg sumberrr inspirasi....tapi ada kerrr nak jumpa aku....hahahhahah...sebab tu aku xsebut sapaa....takutt tumpangg glamerr...dalam hatiii dah...dan mendoakan semoga nanti mereka² terus maju dan berjayaaa....

Asalnya dulu....blogg ni pun bermula sebab nak iklankan pasal pergola....my SIL aku mmg call aku suh aku fikirkan cara terbaikkk..sebab dia buat ni dulu secara sambilan...but now dah full time..coz asbennya berhenti keje ...berhenti pun sebab company tmpt keje tu bungkussss.....sooo....dengan cabaran yang mendatangkan baik tumpukan kepada kepakaran dan kemahiran yg ada..

so..ni adalah contoh beberapa hasil kerja....mmg harga berpatutan sangat²....mmg bajet² betul....

Tempat ni boleh jadikan tempat bersantai petang²..or nak jadikan rumah tanaman orkid pun boleh...gantung² pokok
see....
pondok bersantaii...

cuci mata  lagi..

ni...mmg aku suka..

ni lagi...

nampak klasikk


 so..apa lagiii...skrg ni dah create page kat FB Pergola Style....bolehlah like page tu..dan if nak contact...boleh contact Kuni direct pun boleh.....or nak email aku pun boleh...oh..ya...email aku norey79 tu...dah kena blocked....sampai sudah xboleh buka...benciiii...coz xingat secret question punya jawapan...dan email alternatif yang dihantar pulak email opis lama aku...adussss...rupanya penting juga secondary email ni...aku igt malas la...rupanya² aku bertukar opis...demmmmm....sampai sudah aku xdapat jawapannya....aku emailkan pada yahoo....aku g kursus hari tu mana sempat nak bukak email baru aku..tup² xdapat jawapan dalam 72 jam..yahoo hantar jawapan..consider dah solved problem aku..

so email aku sekarang nooraihan.mdzain@gmail.com ...dan kalau nak murah lagi,...bgtau Kak Kuni..saya dapat info dari raihan...minta harga diskaun...ok...tu jer untuk hari ni....bos dah masuk...sambung keje pulak...


Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015