20 Julai 2013

I.M.A (Ramadhan Madrasah Transformasi Diri)

Alhamdulillah...semlm 10 Ramadhan, opis ku ada mengadakan ceramah dengan menjemput Imam Muda Asyraf (I.M.A) yang bertajuk Ramadhan Madrasah Transformasi Diri..siapa sangka, baru berusia 29 tahun dapat menarik minat dan menyampaikan dakwah dengan begitu baik....bukanlah aku bgtau yg tua (* tukar ayat dewasa sedap skit) tidak menyampaikan dengan baik...tetapi cara penyampaiannya dan bagi aku dia mmg dianugerahkan oleh Allah berbakat dalam menyampaikan ilmu..

Berdasarkan kepada apa yg disampaikan oleh nya yg sempat aku catatkan ialah :
  • Allah jika ingin memberi Taufik kepada hambaNya - sebagai contoh, jika kita berniat untuk melakukan kejahatan dalam sesuatu perkara dalam konteks sebagai pekerja opis, bos outstation, so jumaat kan lunch panjang, so kita plan dan target jam 11.00 pagi nak g shopping Alamanda, keluar awal sejam, tetapi tiba² bos kita balik ke pejabat jam 10.30 pagi dan membatalkan niat kita untuk keluar awal disebabkan bos masuk semula, itu tandanya Allah tidak mahu melakukan kejahatan tersebut. Allah memberi Taufik kepada kita supaya kita tidak melakukan perkara tersebut.Dan begitulah sebaliknya.
  • Sekiranya kita membenci bos kita, duduk pun tersorok dari pandangan mata bos dan selalu lesap, tetiba bos arahkan kita duduk berhampiran dengan pintu biliknya, itu pun salah satu tanda Allah inginkan kita melakukan kebaikan menjalankan kerja dengan penuh amanah supaya tidak selalu lesap.
  • Allah juga amat suka sekiranya sentiasa kita memohon dan meminta kepadaNya.Biasanya kita sebagai manusia alpa, berdoa diwaktu susah sahaja tapi diwaktu senang kita melupakanNya,dan Allah datangkan musibah kepada kita sebagai tanda Kasih dan SayangNya supaya kita sentiasa mohon dan meminta kepadaNya .
  • Ok....ayattt nii mmg bukan untuk pujian, tetapi khas untuk para suami, betapa hebatnya seorang isteri kerana mampu menguruskan segala kelengkapan di bulan Ramadhan. Contohnya masak selepas bersesak dalam jem dengan kepenatan baru pulang bekerja, bangun awal untuk masak sahur bagi suami dan anak²..Jadi hargailah isteri dan pengorbanannya..biarpun ada yang tidak bekerja, tetapi menguruskan rumahtangga itu pun membuktikan kehebatan seorang isteri..
  • Bulan Ramadhan juga,  umat islam menjaga tutur kata dan lidah.. sekiranya bukan bulan Ramadhan, bermulut puaka, tetapi alhamdulillah dengan kedatangan Ramadhan masing² menjaganya.
  • Bulan Ramadhan juga diturunkan Kitab Al-Quran..dan penceritaannya di dalam Surah Al- Baqarah. Sungguh indah sususan ayat tersebut. Yg ni boleh tgk Tafsir dan semlm mmg I.M.A ada membuat penghuraian setiap ayat.
  • Keinginan manusia bermcm²..kdg Allah x makbulkan sebab Allah ingin berikan kepada kita di alam syurga. sebab itulah kita hendaklah berbuat baik. Kadang kita minta 10 daripada Allah, tetapi Allah makbulkan 6 sahaja...
  • Allah tutup keaiban manusia dan tidak ada yang tahu. Kita pun kena tutup keaiaban diri kita, suami/isteri kita.Kisah ini berlaku semasa di zaman Nabi Musa di mana, umat Nabi Musa memohon kepada Allah supaya diturunkan hujan..Tetapi Allah tidak makbulkan. Oleh yg demikian, Nabi Musa bertemu dengan Allah dan bertanya,Ya! Allah, kenapa Engkau tidak makbulkan segala doa dan permintaan kami. Allah tidak makbulkannya disebabkan oleh salah satu umatnya yang selama 40 tahun tidak bertaubat kepadaNya. Sekiranya dia bertaubat, maka Allah akan makbulkan doa umat Nabi Musa untuk diturunkan hujan. Maka Nabi Musa pun memanggil sekalian umatnya memberitahu, sekiranya salah seorang dari kamu yang berdosa itu bertaubat kepada Allah kerana telah melakukan dosa selama 40 tahun, maka Allah akan makbulkan doa umatku. Selepas salah seoarang umat Nabi Musa yang berdosa itu bertaubat, barulah Allah turunkan hujan dan makbulkan doa. Nabi Musa ingin tahu siapakan dia, tetapi Allah tidak memberitahu kepada Nabi Musa dan menutup keaiban diri hamba yang berdosa itu, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu. Begitulah dengan kita, harus menutup keaiban kita, suami/isteri kita dan juga orang lain. Mohon ampunlah  kepada Allah kerana  Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dan banyak lagi sebenarnya, tetapi nota tertinggal di opis. Ini sajalah perkongsian yang xseberapa yang ingin disampaikan walaupun sepatah ayat...Yang Baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya adalah kelemahan saya sebagai hambaNya.


Nak juga bergambar...

Haruslah ada sekeping gambar kenang -kenangan...hehhehhe

1 ulasan:

AisNy berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini....

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015