21 Mei 2018

Perhimpunan Bulanan

Sekejap je, dah lima Ramadhan berlalu. Semalam g shopping langsir kat Nilai. Balik tu..Ya Allah, rasa nak pergi berenang kat sungai. Haahahaha..Panas menyengat sangatt..itu baru dunia..huhuhuhu

Kebetulan hari ni ada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri. Nak kena sampai awal kat pejabat sebelum 7.30 pagi. Tapi baru perasan nak kena singgah isi petrol dulu. Tup tup, semua pam penuh dengan kereta, ada 1 je kosong, tengok² Ron97. Bantai je la . Asalkan sempat sampai pejabat sebelum 7.30 pagi.


Teruja dengan perdana menteri, hanya kejauhan dapat melihat. Ni pun ehsan kawan pejabat ambilkan gambar. Apa pun semoga Malaysia berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

19 Mei 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Ranadhan,

Alhamdulillah. Lega sangat selepas selesainya PRU barulah dapat bernafas dan mengambil rehat secukupnya. Tempoh masa saat-saat kesibukan hanya Tuhan saja yang tahu. Kadang pulang jam 1 pagi, tak sempat selesai siap jam 4 pagi, dan kemuncaknya malam keputusan sehingga jam 10 pagi keesokan paginya. Jam 6 pagi dh pancit sungguh, bantai tidur bawah meja cenggitu je. Hanya beralaskan shawl.

Time tu memang tak buka wasap, kurang buka FB. Biasa la saat begitu, macam-macam la yang mendatang. Kadang siap tag nama, mohon jawapan. Dan macam biasa, diam je. Sebab akak ni neutral. Walaupun kawan, saudara menunjukkan sokongan tegar kepada parti masing-masing, akak menerima pandangan dan pendapat masing-masing dengan sebaiknya dan dengan hati yang terbuka.

Akak membuat pilihan di atas kertas undi untuk memilih siapa sebenarnya yang layak. Apa yang kita fikirkan dan selayaknya tindakan atas apa jua perkhidmatan yang diberikan, itulah kriteria kita utamakan. Hidup ini simple. Sebab kalau kita banyak pergantungan atas orang, kita memilih sebab ada kepentingan tanpa memikirkan sebenarnya dia ni salah, dia patut diperbetulkan, kita akan jadi orang yang hilang arah bila apa yang kita harapkan jadi kenyataan.

Lebih-lebih lagi berkhidmat dengan perkhidmatan awam. Suara dan pandangan simpan di dalam hati. Ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Namun kita harus fikir jauh dan tidak berkepentingan terhadap diri. Keputusan pun telah ada dan terimalah dengan hati terbuka. Saat akak dikutuk dengan teruk juga, hahahhahaha.ye la..berkhidmat dengan agensi yang sememang panas sentiasa. Tapi ketahuilah, jika ada tidak faham proses dan prosedur pilihan raya, boleh tujukan kepada SPR secara terus.

Dan sempena dibulan Ramadhan ini, kita melihatlah dan pandang kepada kebaikan. Walau yang tidak memimpin lagi, kita hargai dan pandang kebaikan. Keburukannya kita tinggal. Boleh jadi ujian Allah tidak membuka hatinya dan membiarkan hatinya hanyut, jangan Allah jua hanyutkan hati kita,
Kita harus pandang, ia adalah ujian buat kita semua juga sebagai seorang rakyat.

Buatlah pilihan masing-masing. Kita check dan review apa yang ada sekarang. 5 tahun lagi kita buat pilihan kembali. Akhir kata, Salam Ramadhan buat semua. 

22 Mac 2018

Perkahwinan

Hari ni, tajuk hangat adalah pasangan yang baru bercerai yang sebelum ini bermadu. Hal rumahtangga kadang kita tidak tahu apa permasalahan yang terjadi antara mereka. Apehal la tiba-tiba bercerita pasal ni. Tapi sebab ini adalah berkaitan dengan perkahwinan yang mungkin kita ambil iktibar diantara kita.

Percintaan yang membawa kepada perkahwinan tidak semestinya membawa kebahagiaan. Hati manusia sering diuji dengan persekitaran dan bahayanya kalau kita suka bermain perasaan terutama disaat ada masalah perhubungan.

Perempuan kalau sayang, memang memaafkan walau terluka. Hati dia masih berharap dan menaruh harapan. Walau orang luar boleh kata, lupakan dia, boleh dapat yang lebih baik, namun hati perempuan memang sukar dijangka lebih-lebih lagi melibatkan perasaan. Kasih sayang seorang perempuan memang tetap pada pilihannya. Lebih-lebih lagi kalau perempuan bergantung sepenuhnya kepada pasangan.

Kita sendiri sebagai perempuan, jangan ambil kesempatan di atas permasalahn rumahtangga orang.
Sebab diri sendiri ada pengalaman dengan satu tempat kerja dimana persekitarannya yang mana suami atau isteri orang berhubungan. . Allahuakbar, masa tu, memang setiap malam, topik masa makan malam bersama husband pasal tu je. Sebab nak mengingatkan suami juga. Kita rasa tak perlu ambil tahu la hal orang, tapi bila berlaku sebaiknya kita menjauhi persekitaran begitu.

Mulalah bercerita pasal pasangan kekurangan dimana-mana. Sempat jugalah menasihatkan kepada beberapa orang mengikut kes masing-masing. Kadang dah jadi macam pakar kaunseling. Tapi kena sentiasa mengingatkan. 

Apa pun dalam kehidupan ini, jangan salahkan takdir semata-mata. Kita sendiri harus berusaha mengelak dari terjerumus ke arah sesuatu yang boleh menjejaskan perhubungan kekeluargaan. Apa pun semoga ada hikmahNYA buat mereka di masa depan.




Setiap insan ada ujiannya yang tersendiri. Kita doakan yang baik-baik walaupun mungkin sukar untuk dipercayai. Kita Jaga Tuhan, In Shaa Alla DIA akan jaga kita.


21 Mac 2018

Imbas Kembali

Best bila tengok wayang orang tak ramai. Caranya, elak tengok musim cuti sekolah. Paling cantik bila movie dah lama dipanggung.Pic lama, teringat lama dah tak pergi tengok wayang.


Citer apa tak ingat, menghayati betul tayangan di skrin.

20 Mac 2018

Hargai Siapa Disisi

Last week sebenarnya dikejutkan dengan berita yang amat mengejutkan. Sebab husband berkawan baik dengan Tan. Aku pun tahu la juga sikit-sikit kisah dia. Sebab Tan pakar repair kereta Alfa Romeo. Berbelas tahun kereta husband hanya tangan dia je yang sentuh. Nak servis, mesti call dia, datang rumah dan dia datang amik kereta.

Last Januari jumpa dia. Lepas hantar kereta kat rumah, kebetulan nak ke Main Place, boleh la hantar Tan balik ke Subang Jaya. Masa tu banyak dia ceritakan. Bagaimana kehidupan dia dan yang terkejutnya katanya Ramadhan ini dia akan memeluk Islam dan now tengah mendalami Islam. Pengalaman pahit dalam kehidupannya dan apa iktibar yang dia cuba bangkit dari kehidupannya. Banyak cerita pahitnya.

Tan masih muda. Punya 3 anak perempuan yang comel dan cantik namun masing-masing punya cerita kehidupannya tersendiri. Baru bangkit dan mendaki positif dalam kehidupannya, happy dan teruja dengan kehidupan baru yang  perlahan-lahan yang dihadapinya.


Masa dapat mesej dari husband memang terkejut sangat. Seminggu kot asyik ceritakan hal dia. Sampai husband bagitau memang terkesan sangat. Sebenarnya 10 Mac dia meninggal. Tapi typing error.

Tan  pergi tiba-tiba. Bila dia pergi, kitaorg berbincang sesama sendiri. Dalam hidup ini kita tidak tahu bagaimana dan keadaan akan datang. Hidup ini singkat. Masa untuk bergaduh, masa untuk mementingkan diri,  semuanya bila kita kehilangan barulah kita merasainya.

Jika kita ada membenci, jika kita rasa kemarahan menguasai, jauhi sifat-sifat itu dan lalui hari-hari dengan penuh kasih sayang. Walau Tan mungkin dia pergi sebelum memeluk islam secara rasmi, dan ada yang tidak perlu diceritakan disini, apa yang  kita inginkan dalam kehidupan ini, merasailah dengan kemampuan kita seadanya.

Hanya Allah jua yang tahu disebalik apa yang terjadi.

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015