31 Julai 2013

Perihal Raya

Wahhh.. dah xlama nak raya..sekejap je masa berlalu.....so...ada yg. dah start mula kemas barang² yg nak bawak balik kg....perasaan tu happy semacam..ada yg keje sampai esok je...bestnyaaa....jumaat dah ada di kampung..

Kalau yg. bujang tu..time raya..balik la bercuti lama² di kampung...sebab kalau dah kahwin ...kalau satu kampung or satu negeri..ok la lagi..tp kalau yg jauh..sorang utara..sorang selatan...nak kena bahagi² giliran..terasa sangat...di pagi raya...walaupun nampak happy bersama keluarga..tp mak dan ayah tetap juga diingati..dekat² nak raya ni makin terasa sekali...

Bagi yang memandu...hati² la di jalan raya..pastikan jarak kenderaan selamat...bersabar la sekiranya dalam mengharungi kesesakan jalan raya..yer la...semua org xsabar nak balik kampung kan...ada yg potong Q...nak keluar masuk simpang pun...hati²..dan yg. utama pastikan kereta di servis dengan sebaiknya..

Raya tahun ni..raya pertama..aku akan berada di Negeri Sembilan, ziarah kubur arwah mama mertua dahulu dan melawat saudara mara sebelah husband di Negeri Sembilan, raya kedua bertolak ke Kelantan..singgah di Dungun melawat mak dan ayah dulu...Raya ketiga beraya di Kelantan..sebab kakak ipar semua berkumpul di Kelantan.sedara mara ramai org Kelantan..arwah mama pun asal Kelantan..Raya keempat barulah balik ke Dungun beraya sebelah family aku...13hb balik semula Puchong..

Raya ketiga ada reunion member² sekolah...ramai kawan² berkumpul....xdapat berjumpa tahun ni..InsyaAllah panjang umur..kita jumpa lagi..

Tiada ulasan:

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015