19 September 2013

Suami Dan Isteri Bekerja Atau Tidak Bekerja

Salam..
Semalam aku pegi jumpa bff lama...xplan pun....tertiba jadi jumpa...dah suratan atau satu kebetulan....tapi banyak la sembang...lunch sama²....dan satu cerita menarik di mata aku....kisah isteri..banyak keluar belanja rumah dari suami.....banyak kategori sebenarnya kisah suami dan isteri dalam rumahtangga ni...ikut pengalaman sahabat² yg. aku kenali..pelbagai 1001 cerita.....

Apa pun..kdg²..inilah kehidupan...kita sebagai perempuan sebaiknya berdikari...dalam kategori mana pun...hidup ni..rezeki Allah yg. tentukan..kita kena berusaha jika kita hendak lebih..satu kepuasan bila segala yg. kita hendak hasil titik peluh kita..kalau kita nak hidup senang dengan mengharapkan pasangan kita pun xboleh juga...yg. penting kita bertolak ansur..

Kesemua kategori yg. di bawah semua telah aku jumpa dikalangan teman² ku...aku bangga ada yg. xmerungut malah berusaha sama membantu kewangan keluarga.....Tapi aku kesian pada Jenis G kategori kedua....kdg² aku pun menangis sama...sebab dulu masa dia bujang...duit banyak simpan..harta..rumah pun dah beli... masa mula² kahwin xnampak warna...dah ada anak..baru tunjuk warna sebenar..habis duit simpanan..brg kemas..harta...xpe...Allah tu Maha Adil..Aku tetap doakan dia....

Ni pandangan dan pendapat aku ....setiap org ada pendapat masing²..terpulanglah...yg. penting masing² bahagia..

Ok..aku tinggalkan dengan summary seperti di bawah:


JENIS

KATEGORI
Suami bekerja, isteri bekerja

 A
Pendapatan dibahagikan untuk keluarga sama rata. Tapi nafkah kepada isteri tetap diberikan secara berasingan.

Suami bayar kereta, rumah dan urusan pengasuh/taska/tadika/duit belanja anak²

Isteri beli barangan barang² dapur, bayar bil² dan simpanan/insuran atau yg. mana berkaitan

Suami bekerja, isteri tidak bekerja

B
Suami memberikan sepenuhnya urusan kewangan keluarga kepada isteri. Di mana, suami dapat gaji, isteri yg. diberi kuasa veto untuk menguruskan pembayaran rumah, kereta, bil², duit belanja dan semuanya.

Suami bekerja, isteri bekerja

C
Suami beri nafkah bulanan kepada isteri. Namun isteri kena berkongsi dalam pembayaran urusan kereta,rumah, pengasuh/taska/tadika/duit belanja anak², beli belanja dapur semua…Dalam erti kata lain…nafkah suami dibelanjakan semula untuk membantu suami dalam urusan perbelanjaan rumah tangga

Suami bekerja, isteri tidak bekerja

D

Suami beri nafkah pada isteri. Urusan perbelanjaan diurus sepenuhnya oleh suami

Suami bekerja, isteri bekerja

E
Suami bagi nafkah sepenuhnya pada isteri. Perbelanjaan dapur dan urusan belanja lain² ditanggung oleh suami. Dalam erti kata duit gaji isteri sepenuhnya dipegang dan digunakan oleh isteri.

Suami bekerja, isteri tidak bekerja

F
Suami tidak mampu menanggung sepenuhnya, di mana isteri kena berusaha menampung perbelanjaan keluarga. Dalam erti kata sebagai surirumah, menjadi pengasuh , membuat kuih dan sebagainya.

Suami tidak bekerja, isteri bekerja

G
Yang ini mmg special dan ada 2 kategori. Kategori yg. pertama jika suami tidak bekerja tapi isteri yg. bekerja, sebab suami sudah ada pendapatan lain yg. mampu menyara keluarganya. Suami menguruskan rumahtangga dan isteri membantu.

Kategori kedua, suami malas langsung bekerja dan mengharapkan sepenuhnya pada isteri
 

1 ulasan:

AisNy berkata...

Ingatkan entry pasal pembayaran cukai pendapatan...😂😂😂

Tak kisah la kalau suami isteri tu berkerja atau tidak... yang penting tau tanggungjawab masing-masing... suami pulak, perlu diingat bahawa tanggungjawab suami pada keluarga... apa yang di usaha kan oleh isteri adalah haram hukumnya suami ambil tanpa izin dan keredhaan isteri....

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015