Pagi tadi alhamdulillah
hujan..walau agak stress sebab lagi 5 minit nak kuar rumah..ayyil
merengek nak mandi walau dah lambat...jadinya bersilat la pagi td..nak
siapkan dia..kejap² tgk jam...kejap² tgk jam...nasib beg angkut dah
dalam kereta...cepat..cepat..aku bising..dia mcm anak mak inang
....berdondang sayang ...bila tegur muka chembeng....
Bila
dah drive....sambil dengar berita jam 7 dan 7.30....sempat berita yang
sama ....masa jam 7 tu...aku sempat tangkap...tapi senyum..mcm lain je
bunyi ayat dia..bila dengar kali ke-2 jam 7.30 pagi....aku terus senyum
sampai ke telinga...antara lebih kurang isi kandungannya ialah " Bagi
memudahkan pengguna LPT 1 menggunakan LPT 2, caj tol akan dikenakan mulai hari ini (sebabnya tak perlu exit dan masuk semua tol jabor) (lebih kurang begitu la)....ooooo memudahkan kan yer....
Tahu
x...walau semua orang tahu...musim raya jalan akan sesak...biasa balik
kampung 4 jam akan jadi 8 jam..itu bukan masalah...jalan jem ke...semua
orang ingin sampai ke destinasi untuk meraikan hari raya..kalau aku
tanya kakak ipar aku yg saban tahun balik kelantan..dia akan jawab "
seronok raihan...suasana jem baru rasa kemeriahan.." tu unik orang
kelantan...xde hal..xlalu tol..xde tol...bukan masalah...
Tapi..di
bulan mulia ini..kita doakan la..semoga ekonomi kita bertambah
baik...ekonomi negara...mcm besarnya...ekonomi negara pun kita x lena
memikirkan...walaupun aku bukan pandai ekonomi....tapi kesannya amat
ketara..selepas pelbagai kenaikan dengan gst...kita doakan yg
baik²....semoga diberi hidayah dan dibukakan pintu hati..mana yang
terbaik buat para pemimpin...
Kita
manusia biasa...bila tertekan..dari segi kewangan keluarga..pelbagai
perkara akan terjadi..stress...namun kita harus tahu..kita bergantung
kepada Allah ...Dari mengadu kita berikan makian...cacian di fb..dimuka
buku...baik kita mengadu kepadaNYA...hati manusia..jika Allah nak
berikan hidayah..kita tak tahu..walau aku tahu...sukar sebenarnya kita
sebagai hambaNYA nak mendoakan kebaikan kepada orang yang kita
benci..sakit hati dan marah...bukan kata ke orang lain....peringatan
diri sendiri..
Mari kita hayati hadis ini:
**************************************************************************
Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa sesungguhnya seseorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, " Nasihatkanlah saya"
Baginda SAW bersabda, " Jangan Marah"
Lelaki itu telah ulangi permintaannya berkali-kali dan setiap kali Rasullullah SAW tetap menjawab,
" Jangan marah" (HR Bukhari)
**************************************************************************
Kesan dari amalan ini begitu meluas dan boleh kita perhatikan di sekeliling kita.
Bagaimanakah kehidupan orang yang beramal dengan sunnah ini.
Dan bagaimanakah pula kehidupan orang yang amalannya bertentang dengan sunnah Nabi.
Nabi pesan bersabar dia suka tergesa-gesa.
Natijahnya
tuan punya diri yang tanggung. Menariknya, sebaik dia mengamalkan
sunnah, maka kehidupannya pun berubah. Apa yang dirasa sukar sebelumnya,
mudah-mudah sahaja dicapainya.
Mengapa jadi begitu?
Sebab Allah sudah suka kita, maka Allah pun tolonglah kita.
(Petikan ini diambil dari sumber fb) Tq yang sharing..sekurangnya memberi manfaat kepada aku dan juga orang lain..InsyaAllah
Salam 20 Ramadhan....