02 November 2014

Tahniah Noorhana

Salam..

Hari ini..hari istimewa buat adik aku yang bongsu...Noorhana..Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya berjaya menggenggam ijazah...23 tahun yang dulu..sewaktu ibuku berusia 43..kami adik beradik tidak menyangka..ibuku akan mengandung lagi..Masa melahirkannya..nurse di HKT berkata dengan ibuku "Makcik dah tua...dah² la beranak...jaga cucu je la"...Menangis air mata ibuku...masa tu...mmg family kami susah...ramai yang ingin mengambil dan menjaga Noorhana...termasuklah doktor yang menyambutnya..iaitu doktor Noorhana...

Jadi...namanya diberi sempena nama doktor Noorhana...namun sesusah mana kami masa itu..biarlah kami bersama... Namun dia adalah yang bertuah antara kami..sejak sekolah dia dapat biasiswa..sehingga ke peringkat ijazah..sewaktu sekolah rendah..bila ayah aku menjemputnya dari kelas..kawan²nya panggil...."Hana..atuk kau dah datang... namun..ayah aku hanya tersenyum...kawannya...ayah dan ibu masih muda...lagipun Hana bongsu...

Mulanya dia seakan kecewa bila ayah dan ibuku tidak dapat hadir...bukan kerana apa..ayahku dan ibuku pun sudah tua.namun semangat hati mereka berkongsi kegembiraan tetap ada...Yang penting kasih sayang dari kejauhan tetap utuh diiringi dengan doa..Kami sama² meraikannya...kami yang sentiasa bersama saat suka ..duka...gembira dan menangis...walau masing² ada tanggungjawab tersendiri...namun kami adik beradik...sentiasa bersama saat susah dan senang...

Tahniah Hana...Bersama kakakku aini dan ju..









2 ulasan:

Izni Hafiz Abdul Rashid berkata...

Tahniah...

~Aida@MommyAqilMedina~ berkata...

Congrats Hana..Semoga kejayaan hari ni jadi pemangkin kecemerlangan buat masa depan..Amin!mesti mak n ayah akak bangga dengan kejayaan dia kan..

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015