19 Oktober 2014

Antara berani sebenarnya takut..tapi dalam takut ada berani..

Salam..

Supaya nak bagi aku mengantuk..aku fikir baik menulis mlm ni...mlm td tido jam 2.30 pagi..pastu pagi td jam 10.30 hingga  jam 9 mlm..baru setel urusan aku...bz nauu mcm YB...kebetulan adik lelaki aku datang mlm td..so sembang la...mcm2....aaaaaa......naik bulu roma nak citer...terus xleh tido mlm td..dan baru je hantar dia balik naik bas kat putrajaya sentral...

Citernya gini..bulan Sept. hari tu..Iddin anak k.na k.ipar aku yg belajar kat uitm dungun nak balik nilai n9...sebab ada gap beberapa hari...kebetulan raya aji pulak..so...nak mudah..naik flight je dari kt-klia...dari dungun nak ke airport dalam 1 jam 30 min juga....so...ambil flight malam...kalau pagi..awal sangat...aku suh la mat adik aku hantar iddin ke airport...

Jadi selepas hantar...otw balik dia mengantuk..so dia berhenti di petronas merchang...untuk tido..masa tu dah jam 9.15 mlm..ingat nak tido kejap je...sedar2...dah jam 11 lebih....nak x nak..dia drive je....sesiapa yg biasa lalu laluan antara rhu batil hingga rantau abang ...jln tu jln lurus..tapi selalu la terjadi kejadian tidak diingini...

Nak dijadikan citer...selepas jambatan kat rhu batil..adik aku nampak kereta rosak...so..dia stop..sebab perempuan kat luar tepi kereta tu....bertudung..putih orangnya..adik aku tanya la "kak, nape...kereta rosak ke? dia jawab " aah.... adik aku pun kuar kereta dan g tgk.. dia pun cakap " ooo...temperature tinggi ni...., kak nak balik mana? workshop pun mana ada....esok je la akak...saya tumpangkan akak..akak nak g mana? dia jawab..tapi xpandang..."nak g depan tu jee...jadi adik aku pun bgtau.." meh saya hantar je la...

Bila masuk kereta..tetiba semerbak bau wangi...terusss dup dap..dup dap..lain mcm ni....kata adik aku dalam hati...berdebar2.....baru dia rasa....lain ni..lain ni...diammmm seribu bahasa....xbercakap....dalam hati zikir...ayat kursi semua baca...bila melepasi rantau abang...rumah penginapan yang mcm terbiar....tetiba...tgk..benda di sebelah tu dah hilang secara tiba2.....mau x hijau biru muka pucat..nak pandang kiri kanan pun x berani...bila nak sampai rumah..dia x terus balik rumah..singgah mana2.....

Tapi dia ni xpernah serik...dulu masa belajar kat ikm pekan pun..mcm tu gak...suka balik malam2...naik motor pulak tu...pernah tgh bawak motor..tetiba nampak benda terbaring atas jalan...sebab terkejut....dia langgar je benda tu..tu dekat bukit bauk dungun...padahal xde apa pun....bawak motor berat....dan motor mati enjin betul2 kat kawasan kubur.....

Aku....mmg penakut....kalau aku la.....terusss pengsan...aku kena sekali pun kat highway tapah....tu pun masa tu aku xtahu dari mana ada keberanian...asalkan kita hormati antara sama lain okeyy....bolehh takkk kita cakap gitu.....huhuhuhu

17 Oktober 2014

Busy

Salam....
Sekarang mmg aku benar² busy.. Aku memang singgah rumah jiran....tapi ada x sempat say hai... rumah..internet  dan line telefon dah ok...cuma internet je xcapai kehendak pakej....kalau ada line TM...konfem aku call sekarang nak tukar...jadi aku malas nak stress sebab pasal internet...maxis akan bagi rebat...bagi aku bukan masalah rebat pun...xde langsung pelanggan diutamakan servis ditingkatkan....ni....dah la datang xcall..nasib dah bagitau bibik..bagi la masuk rumah..lepas tu dah siap repair...guna line telefon rumah aku pulak baru nak call...bagitau dah siap baiki....kemudian nak caj.... habis tu...nak bayar guna apa....nak tunggu tuan rumah balik ke? sebab tu la call dulu..nasib bibik ada duit...bayar duit dia... geram je.....

Dan sekarang kat opis aku bz sangat².... sejak bertukar nama bahagian....sejak bertukar struktur perjawatan.......orait..selamat berhujung minggu...




13 Oktober 2014

Ohhhhh.. Maxisss

Salam...

Masalah internet dan line rumah belum selesai....nak siapkan cerita ke medan..nak masukkan gambar pun ambil masa 2 jam...aku malas nak update kat opis....kena tempoh dan masa bertenang nak buat...
So....maxiss...sila la ambil perhatian...surat cinta sudah dihantar..... dah siap hantar paper lagi...



Dear Maxis Fixed Line Fault Reporting Centre,

Re: Still unrepaired fixed line and broadband connection for 03-5882 xxxx

I have a fixed line account no. 83216xxx and broadband line account no. 97110xxxx via the same telephone number 03-5882xxxx, and fault report numbers C1540xxxx dated 20 September 2014, C15437xxxx dated 26 September 2014 and C1547xxxx dated 8 October 2014 are referred.

2.            Please refer to the e-mail letter to The Star Newspaper (as attached) which I have submitted on 10 October 2014 for details of the unresolved problem c.c.-ed to Maxis Facebook, which would be able to provide you a clear issue on the still unrepaired fixed line and broadband connection for the above telephone line for your perusal.  

3.            I wish to formally state herewith that if Maxis is not interested to resolve the issue, you might as well disconnect the line for the above two accounts as there would be no difference anyway. If so, payment will not be disbursed for the interrupted services since 20 September 2014, and kindly reimburse advance payment that I have made, if any, including relevant deposits.

Thank you and regards.


10 Oktober 2014

Di bawah minda sedar

Salam..
Salam Jumaat...tengah tunggu bajet ke? penting ke nak tahu ? pentinggg sangattt....x kira kita ni siapa...hatta surirumah sekalipun pasal ekonomi negara kita kena ambil tahu.... bagaimana keadaan negara kita..aman ke...kita harus ambil peduli....kena sayangkan negara dan cintakan negara tanah air kita....

Bukan mudah sebenarnya....dalam menghadapi tekanan.....x kira apa jua tekanan pelbagai perkara boleh terjadi... bagaimana kita nak mengatasi tekanan itu....kalau perempuan dia mudah beremosi... tapi dalam keadaan emosi pun...kita harus mengawal minda kita..supaya terus berfikir di bawah minda sedar....jangan biarkan perkara² negatif menguasai kita....

Di bawah adalah perkongsian bersama dipetik daripada http://www.7steps2success.net . Namun artikel ini di bawah negative thinking yang aku edit untuk pemahaman. Jika nak tahu lebih lanjut boleh baca buku² berkaitan The Power of Your Subconscious Mind. Aku ni beli buku banyak..baca pun tidak....masa x de memanjang...Buku Rich Dad Poor Dad pun.....dah bertahun..Husband aku share suh baca..aku suh dia explain je....tapi explain dengan kita baca x sama...

"Jika terdapat mana-mana pemikiran negatif, tanya diri anda soalan seterusnya: Adakah pemikiran ini membantu saya mencapai apa yang saya mahu?

Jika  tidak membantu anda kemudian menukar kepada sesuatu yang lebih baik.

Gantikan dengan pemikiran yang positif.

Berfikir apa-apa yang positif yang berlaku pada masa itu, atau berlaku dalam tempoh 24-48 jam terakhir.

Sekarang fikiran anda mungkin cuba untuk menipu anda ke dalam pemikiran bahawa apa-apa yang positif berlaku pada masa itu, tetapi tidak mempercayainya. Simpan carian dan anda akan datang dengan sesuatu. Jika anda mempunyai pekerjaan dan mendapat untuk bekerja pada masa - yang positif. Jika anda mempunyai perbualan yang menyenangkan, maka itu adalah positif.

Mungkin terdapat beratus-ratus peristiwa positif yang berlaku setiap hari bahawa anda tidak melihat, kerana anda tidak digunakan untuk melihatnya.

Sekarang anda akan buat asal corak pemikiran yang negatif dan ia akan mengambil sedikit masa.

Dan lebih kerap anda melakukannya lebih mudah ia menjadi.

Pemikiran Negatif.

Sebaik sahaja anda beralih daripada pemikiran negatif kepada yang lebih positif dan optimis itulah apabila anda mungkin mula melihat perubahan dramatik berkekalan dan panjang.

Anda lihat fikiran bawah sedar anda bertindak balas kepada pemikiran dan kepercayaan anda.

Jika fikiran anda dipenuhi dengan fikiran negatif, minda bawah sedar anda boleh dipaksa untuk mewujudkan kehidupan yang menyenangkan dan negatif.

Apabila fikiran anda dipenuhi dengan fikiran positif minda bawah sedar anda dipaksa untuk mewujudkan suasana yang positif dan boleh membawa lebih banyak acara yang positif ke dalam hidup anda.

Itulah sebabnya ia adalah penting untuk menjadi positif dan menghapuskan pemikiran negatif.

Pemikiran negatif tidak membantu anda.

Pemikiran negatif boleh merosakkan kehidupan anda.

Pemikiran negatif boleh membuat anda rasa sengsara.

Menghapuskan pemikiran negatif dan mewujudkan pemikiran yang positif yang membolehkan anda untuk berjaya.

Apa pun..kita sendiri yang boleh mengawal minda kita.... sebab tu aku melihat masalah aku kepada cabaran...kadang gila rasanya...walau suami aku sendiri x setuju dengan tindakan aku...tapi dia  x menyelesaikan dan membantu juga walaupun dia boleh bantu aku dalam keadaan sukar...aku harus membuat keputusan yang kadang kala melawan arus . Dah dia juga yang ajar aku...belajar menyelesaikan masalah sendiri..bila aku buat keputusan..dia pulak takut..Cara ni...bila diri sendiri ada keyakinan tinggi sahaja boleh... sebenarnya keyakinan x cukup juga....kena berusaha sekerasnya sebenarnya untuk mengatasi mencari jalan penyelesaiannya... 

So....selamat hari minggu kawan²......ingat minggu ni ada cuti...belum.....22 hb baru cuti....Deepavali...

08 Oktober 2014

Maxisss....

Salam...

Apa khabar semua? hari ni hari rabu...tapi xpe la.....aku nak bebel jugak....nak marah pun ada.... kat area rumah aku... hanya boleh maxis saja line telefon rumah dan internet....so..nak x nak...kena terima la... sebelum ni..jika ada masalah dengan line telefon rumah ke...internet ke....boleh dikatakan cepat juga tindakan...dan sebelum tu..maxis mesti call....tanya..sebab technician akan set time nak datang rumah jam brape...

Aku pun x tahu line internet rumah aku tu slow.... tak ikut spesifikasi sebenar....tapi orang teknikal ni...cepat je tahu....ada something x kena....bila aku buka internet..janji ada boleh tgk...kira ok dah tu...cuma loading lama sikit..jadi aku fikir sebab banyak download kot.....aku pun x kisah....

ni la  test  kelajuan speed internet semalam

Bayangkan sebelum ke medan..husband aku dah call maxis 2 kali untuk maklumkan...sehingga la nak g medan...dan aku pun pegi..jadi dia x inform aku pun....dia bagi details contact ayah mertua aku sebab dia akan tinggal sementara kat rumah puchong..so....sehingga la nak balik dari medan..husband aku baru inform...internet dan line rumah ada masalah...dia suh aku cek dah ok ke belum...dia bagi laporan semua details...

Bila balik aku tgk..masih x ok..so aku call la maxis..kali pertama...customer service bagitau...dah call ayah mertua aku... 3 x ..tapi xjawab...dah sms..xde jawapan...so aku bagitau la....ambil contact number aku pulak dan aku tunggu tindakan seterusnya....tapi senyap...Jumaat x silap aku balik keje ...bibik bagitau...ada orang maxis datang..dia xbenarkan masuk.... aku pun baru teringat.....bibik aku bagitau....majikan x de pesan...mmg aku x pesan pun...sebabnya...orang maxis akan call dulu biasanya nak datang....kalau aku xde...orang tu mengaku dari mana²..macam mana aku nak confirm memang sah orang tu dari maxis..sekurangnya bila call..aku dapat contact number details....so...kepercayaan tu kuat sikit...dan bibik pun dah pesan pada orang maxis tu....dah call belum majikan buat temujanji...orang maxis tu pun bagitau akan datang semula dan akan call aku...

Tapi bila xde apa².. aku segera call maxis semula pada hari yang sama.....customer service tu maklumkan..okey akan ambil tindakan semula....sehingga semalam...janji tinggal janji..husband aku call semula maxis semalam.... buang masa betul ...dah la nak call maxis kena guna hp....masing² aku dan husband dah convert kepada celcom... berbayar dah nak call tu...nak dapat bercakap tu kena bercakap dengan mesin dulu....

So semalam cuti..aku g  giant kinrara..nak tgk pakej TM pulak...sebab dah masuk area Tempua tu.....so...sekurangnya ada pilihan la....ada persaingan lain sikit servis.....tapi hampanya aku rasa.....sebab hanya Jalan Tempua 2 dan 4 saja yang ada...Jalan Tempua 3 xde lagi....pulakkk......huhuhuhuhuhu....aku dah terbayang² dapat bercakap thru telefon rumah ke rumah free...... tapi laluan Tempua 3 belum ada....

Aku pun x tahu apa masalah maxis...aku pun faham....banyak case dan tugas customer service bukan mudah...tapi....orang bayar perkhidmatan tu...bukan free...

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015