16 Oktober 2013

Nasi Bukhari D Pagi Aidiladha

Salam,

Semalam raya...biasa² jer...xde kemana - mana pun..just duduk rumah....kalau kat kg..sure meriah..nak menyambutnya....walau duduk rumah namun hari rayakan..kena la juga masak special sikit...walau simple sangat²...mmmm...iaitu masak Nasi Bukhari....1st time cuba.....ok la...bahan² xcukup..tapi xpe..nanti resepi aku share yg betul² complete...

Masak sikit je pun...sarapan merangkap lunch skali
Rempah ni husband beli dari staff opis dia..xsilap anak kepada owner rempah ni sendiri...dah sebulan beli..tapi aku xmasak²..dengar nama Nasi Bukhari ...kena masak special day la mcm time hari raya ke...baru rasa...feeling semangat nak sambut raya....hehehhee

nanti arahan nak memasaknya aku bgtau...tunjuk pic je dulu


Cubaan kali pertama..kiranya berjaya juga ...aku rasa ok la...tu pun bahan xcukup aku masak...
Aku xikut arahan 100%...Aku masak nasi tu guna rice cooker..kemudian alihkan kukus pulak....lain org lain cara..kalau ikut arahan sure bertambah sedap....hahaha masuk bakul sendiri.....kwang kwang.....puji diri sendiri sekali sekala....dan hasilnyaaaa....

Nasi Bukhari Kukus...
Ok...meh nak share resepi iaitu daripada pengedar rempah nasi bukhari puan hasnah binti hassan...beli rempah ni senang..ada resepi kat belakang..

Bahan - bahan untuk 1 kg beras

Rempah nasi bukhari 1 bungkus
1 buah biji tomato
1 tin kecil tomato puri
3 sudu minyak sapi
Air sama dengan isipadu beras
Garam & serbuk perasa
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar
1/2 cawan minyak masak
1kg beras
1 ekor ayam

Cara-cara memasak:

1. Ayam di potong sederhana dan bersihkan.
2. Lobak merah dibuang kulit, kemudian potong nipis, bawang besar dimayang dan tomato dikisar hingga   hancur
3. Panaskan minyak dan minyak sapi, kemudian goreng lobak merah hingga garing, masukkan bawang besar. Apabila bawang garing, masukkan buah tomato yang dikisar, tomato puri dan rempah. Kacau sehingga sebati bahan-bahan itu, kemudian barulah masukkan ayam yang telah dibersihkan.
4. Balik - balikkan ayam agar tidak hangus. Tutup tudung periuk seketika kemudian sekali sekala dikacau sehingga ayam cukup masak.
5. Apabila ayam masak, padamkan api dan keluarkan ayam tadi. Masukkan air ke dalam periuk yang berisi bahan - bahan  yang ditumis tadi. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Biarkan air menggelegak barulah dimasukkan beras. Kacau supaya rempah tidak mendap di bahagian bawah periuk. Apabila air hampir kering barulah tutup tudung periuk hingga rapat.
7. Biarkan 5 hingga 10 minit, balik-balikkan nasi tadi agar nasi tadi masak sama raya, aturkan ayam ke dalam nasi.
8. Tutup semula tudung periuk tadi selama 5 minit barulah padamkan api. Nasi ini dihidang bersama kuah dalca, air lada dan acar.

Okey..kalau ada yg berminat nak beli rempah ni..boleh tgk juga dekat FB....xsilap namanya farhan..013-7599993



1 ulasan:

~MommyAqilMedina~ berkata...

wahh nampak menyelerakan..ayam di masuk sekali dengan nasi kan kak..Hurm..harus cuba ni..hheee

Copyright to T' RAI IYYAN n AYYILL
Designed by UMIESUEstudio 2015